Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, February 27, 2011

Ahad 27/2/11

Hari ni berlaku kesilapan teknik dimana dikatakan ada program anjuran Carsem iaitu pertandingan futsal antara rumah2 anak yatim seluruh Ipoh...riwayatnya mengatakan pagi ni..makanya budak2 lelaki pun bersiaplah sejak pagi lagi kononnya ada kereta nak jemput jam 7am, bila tunggu sampai sejam pun tak ada ummi cuba hubungi sorang ajk wardah yg nombornya ada ditulis dalam buku pelawat...rupanya bukan hari ni katanya  6 Mac nanti...Memang hari Ahad tapi tarikhnya lain. Punca jadi demikian kerana tak ada bersurat....Elok pun tak jadi sebab nak lawan apa dg tak ada sebarang latihan pun...gantinya utk tak mau bagi frust bagi depa main bola sesama sendiri pagi tadi....dipadang Tmn Seri Tambun...sejam lepas tu pakat balik makan nasi goreng...
Pukul 11am angah dan kak Izzah berangkat pulang ke UIA dan USIM setelah balik kemari Sabtu semalam kerana nak check gigi kak Izzah diklinik gigi di pekan Ipoh..tidur satu malam dan tengahari ni baliklah ke Bandar Baru Nilai...

Pukul 4.30pm walid dan ummi pula g hantar Izzati balik ke Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar.....tok tek, tok tek, gedebuk gedebak pukul 6pm kami sampai balik ke asrama ni.....
_________________________________________________________
* Sejak dari malam tadi talian internet ada gangguan termasuklah malam ni pun......harap maaf.

Saturday, February 26, 2011

Mi kari tengahari ptg pizza....

Hari ni mak cik Bariah atau datin, boss abg Kamarul sponsor jamuan makan tengahari berupa mi kari yg dimasak sendiri disini. Makcik ni memang selalu pun singgah disini dan si Jamal kami ni dikira sebagai anak angkatnya....dibelinya jam kat Jamal ni tapi selang beberapa hari jer jam tu dah rosak dan sekarang ni dah tak  nampak rupa...rasanya dah hancur sebab makcik ni tak tau makhluk macam Jamal ni very2 kreatif tak leh tengok benda baru dia pasti nak kelebek..nak tau...tapi belajar mata pelajaran yg pakai buku ni Jamal akan berat mata sekejap jer mata taro dalam ler...

Sebelah petang plak abang Kamarul buat pizza utk adik2 ni...sedapnyer...sedapnyer kata depa..pakat makan lah satu pizza kongsi dua orang tapi Iwan dan Jamal masing2 sorang satu tak payah potong2 lagi...memang sedap pizza tu..kebetulan masa tu juga Wan anak yatim terbaru dihantar oleh keluarga dia, depa pun dapat sama merasai pizza Kamarul... 










Friday, February 25, 2011

Majlis MELUR siri ke 11

Malam ini program MELUR diadakan lagi untuk kali ke 11...kali ini dipengerusikan oleh Jamal yg menampilkan barisan calon2 yg dipilihnya bagi menyerikan persembahan malam ni..Secara umumnya boleh dikatakan majlis malam ini berjalan lancar dg kepelbagaian persembahan yg ditampilkan walaupun ada diantara yg keluar itu hanya utk persembahan yg pendek tapi yg jelas semua yg keluar tidak melihat kertas...
Jamal pula walaupun ini bukan bidangnya utk majlis seperti ini tapi mampu juga mengendalikan majlis hingga selesai dengan suara serak paraunya.
Malam ini Izzati turut bersama dalam majlis ni kerana hari ni pelajar dibenarkan balik kerumah, walid dan ummi pergi menjemputnya di Madrasah Idrisiah selepas solat Jumaat hari ni. Justeru majlis malam ni diakhiri dg menjemput Ati menceritakan pengalamannya bersekolah di Idrisiah dah masuk bulan ke 2....



pengerusi majlis 

rauf pembukaan al-quran

wan dg hafazan

pikah pun hafazan gak.....


hakim tazkirah  ibu

atirah gurindam


danial tergaru2 lupa la tu....

basirah bersyair dilakonkan nurul dan atirah


amin gigi colgate

tokwan puisi

aizah bersajak


iwan bercerita sirah

atikah cerita 


udin berpuisi

hakim tazkirah ttg ibu...

sarah berbakat...

hafiz ceramah ttg jihad

una menghurai hadith

anas berceloteh panjang...

nasyid puteri...

rauf kali k2 bersajak...
pengerusi naik semangat

Thursday, February 24, 2011

Gambar hari ni.....


merbah dah jadi tiga tambah burung mata merah 2 ekor



asam gelugur yg kami tak pyh beli sjk lama...








Hari ni orang Jabatan Perkhidmatan Haiwan datang sebelah pagi kata ummi. Tujuan kedatangannya utk melihat dan meninjau apa yg berlaku, tapi dah terlewat benar setelah ayam-ayam yg berkenaan dah habis tapi dia ambil juga sekor sbg sampel uji kaji...laporan tak sampai ke mejanya kata orang yg datang tu...beliau menghubungi abg Kamarul semasa datang tadi sbb abg Kamarul yg laporkan kejadian ayam mati secara mengejut kepada jabatan tu..kalau tak salah dengar dulu, mereka disana kata mereka hanya akan datang kalau quantiti ayam peliharaan tu beratus2...Menurut ummi dia ada juga menyatakan kebimbangan apa yg berlaku itu kemungkinan ada kaitan dg selsema burung (birds flu)...

Wednesday, February 23, 2011

Catatan hari ini Rabu 23/2/11

Rasanya hari ni tidak ada  cerita menarik yg nak dituliskan disini..Persekolahan berterusan seperti biasa tidak ada masalah begitu juga mengaji Quran berjalan mengikut jadual yg ditetapkan cuma hari ni sejak 4.30pm hujan turun selebat2nya sampai Maghrib..bagaikan air dicurah2 cuma tidak disertai kilat dan guruh..Yang seronok itik dan angsa landing dalam lopak yg berair kejar mengejar kemudian masing2 mengemaskan bulu nampak rapi dan segak...
Bila ayam2 dah banyak yg mati secara mengejut dan yg disembelih pun dan banyak ekor rasa tak berseri dah reban ayam kerana terasa lengang bila yg tinggal hanya angsa2 dan itik serta beberapa ekor anak ayam yg dibeli itu hari..itu pun ada yg turut terkena jangkitan dan beberapa ekor dari nya dah mati. Anak2 ayam itupun dah membesar tapi bilangannya agak kecil sementara anak2 yg baru menetas bertambah dan telur2 yg belum menetas pun banyak juga lagi..Rasanya kita hanya akan memberi tumpuan kepada ayam dan itik yg sedia ada buat sementara ni dan tak perlu utk menambah yg baru dalam keadaan yg tak menentu ni. Ada orang bagi tahu di sebelah Kedah sekarang ini penyakit hawar melanda disesetengah tempat mengakibatkan ayam2 habis mati..
Satu hal yg jelas sekarang bila reban dah lengang tanpa ayam2 yg banyak macam dulu geng2 Kurma pun taklah ghairah sangat nak masuk keluar dalam reban tu...moyok ler masing2 macam tak bermaya pula jadinya..masa ayam banyak dulu depa laksana tentera semut sentiasa sibuk keluar masuk keluar masuk dalam reban tu...tangkap tu tangkap ayam ni, pindah yg ni kesana sini ikut pandai2 depa ...seorang yg disuruh lima orang yg pergi tanpa disuruh punya kalangkabut berebut2 sampai kita naik serabut..
Sekarang lega lah sikit ...

Tuesday, February 22, 2011

Cerita kami hari ini Selasa 22/2/11

Hari ni walid dpt jemputan ceramah di JPJ Ipoh dgn kebenaran dari pihak sekolah. Ceramah sempena maulidur Rasul utk seluruh cawangan JPJ negeri Perak katanya. Majlis bermula dari jam 9 am hingga 10.30 am kerana selepas tu ada satu slot taklimat tentang rumah peranginan Kem Dalam Negeri di KL..kata seorang pegawai yang mengatur program utk taklimat tu. Selepas ceramah balik semula kesekolah...yg masa tu baru selesai program sukan..

Apa yg berlaku di asrama plak? Ini laporan dari ummi, jam 9.30am apa panggilan telefon dari seorang yg memperkenalkan dirinya sbg Syima yg ingin menyumbang keasrama ni setelah membaca blog kita dan nak memastikan bahawa akaun bank Islam yg tertera dlm blog tu betul serta nak tahu ummi tu siapa sebenarnya..Menurutnya beliau akan menyumbang cek yg akan dibank in ke akaun tersebut.

10am Pn Nor dan suami Hj Alias dtg membawa sumbangan dari WKP Hospital Bahagia Ulu Kinta...baki kutipan program makan tengahari bersama anak2 yatim tempoh hari...

Jam 3.30 pm datang pula dua orang pegawai dari BSN iaitu Pn Intan dan Pn Anis utk memasukkan duit anak2 yatim ni dalam buku simpanan masing2..Biasanya mereka datang bertiga dg sorang kawan lagi Shahrul kalau tak silap..hari kawan tu ketempat lain dan depa berdua ketempat lain di Chemor kemudian baru kesini.
Ini mudahnya berurusan dg BSN ni bila ada duit sumbangan utk budak2 ni kita hanya hubungi cek puan berdua ni jer depa pasti akan datang, kira mengira ditanggung beres tak payah berjam menunggu giliran mcm bank sebelum ni kemudian bila sampai giliran kita jenuh pula mengira sekali lagi sebelum nak diserah kpd pegawai dikaunter...

Petang jam 6pm Kamarul bawa sumbangan wang dari Pn Rozaidah Ramli pengurus kedai Kek Aidaz dari Plaza Mara Bidor yg ditemui hari ini di Sirim Bt Gajah.

Cerita ayam pulak hari ni semasa orang bank dok tgh kira duit Rauf jumpa sekor anak ayam mati dibawah kayu lepas tu Che On pula jumpa sekor ibu mati dan katanya ada lagi yg dah lali termasuk ayam jantan satu2nya yg tinggal pun dah bodoh jadinya....semua ni mungkin berpunca dari 9 ekor ayam hutan yg ditangkap bebudak ni pada satu malam,,lps tu esok nya ayam hutan tu mati sekor demi sekor sebanyak tujuh ekor sekali pastu jangkitlah plak kat ayam kampung ni....bala bala.....panggil veterinar pun tak mau datang....
pn anis

pn intan


sumbangan hadiah jam dan kalendar

ayam syahid..

kuarantin...