Tuesday, November 30, 2010

Ke Jab. Pendaftaran Negara

Kami baru balik dari JPN Perak  buat kad pengenalan untuk Jamal dan Anas. Sebelum itu cadangnya nak kesana selepas Zohor, selepas sesi pembelajaran depa ni. Tapi Tim. Pengarah JPN Pn.Hajah Fatimah ketika dihubungi menasihatkan kami supaya datang pukul 3 keatas, sebab masa tu orang dah tak ramai. Memang betul masa sampai tu hampir 3.45 dan kami tengok lapang jer. AlhamdulilLah selesai bab itu dan tunggu tiga minggu lagi siap ler in sya Allah..tapi yang nak tergelak tu ialah si Jamal ni terpaksa ler terima hakikat dia terputus dari Udin, Amin dan Syafiqah, sebab kad pengenalannya nanti akan keluar Jamal bin Abdullah bukan lagi Nasir Khan...tersengih dia bila baca resit tadi. Jamal..Jamal..!! Anak bangla kami yang cukup rajin bab kerja dan gotong royong.
Selesai bab kad pengenalan tadi kami naik ke pejabat Pn. Hjh. Fatimah nak selesaikan kes Iwan dan Ikin nak tukarkan kepada status warganegara...nampaknya ada peraturan baru sekarang. Kalau nak ikut Iwan berada diasrama ini dah dua tahun dan dulu punya peraturan dah boleh jadi anak angkat dan sekaligus status warganegara boleh dapat..tapi nampaknya jalan yang kena dilalui panjang ler lagi....

Gambar-Gambar Semalam

ngaji petang..

kumpulan lelaki diajar oleh ustzh Zahrah..

sambil ngaji ada homework english...



ummi amik bbudak pompuan...



berbuka....mana pergi tray hah..!!

abang Kamarul pun sama berbuka
nurul minum cendol ler....




sumer suke cendol..

Jamal Abdullah....

awas cendol kamu ya..nanti disambar orang..

anak mami ni suka termenung....nak..

Imah tersenyum ker pedas?...

Monday, November 29, 2010

From Finland caring and sharing...credit to Dr. Parves Alam

AlhamdulilLah...Kita bersyukur kerana selalu  didatangi oleh orang yang menyumbang dan kebiasaannya datang membawa barang siap untuk disumbangkan dan ada juga yang berfikir secara simpel bahawa duit adalah yang terbaik untuk didermakan hujjahnya kerana kita tak tahu apa yang diperlukan disini nanti yang dibawa lain dan yang diperlukan lain. Ada pengunjung yang datang meluahkan terkilannya mereka bila pergi kerumah anak-anak yatim membawa beras disambut dengan kata-kata yang melukakan hati: "Boleh tak tolong bawak begheh ni balik pegi jelah ketempat lain kami dah tak mainla dengan begheh". "Adoi malu dan tebei nyer muke dilayan ghope tu...ee tak boleh ingat teman dibuat ghope tu..tobat tak pegi daaah.." Kesian juga dengar  kekecewaan yang diluahkan. Kita faham bahawa itulah ragam manusia dan ada orang yang dia tak nampak lain hanya beras saja macam orang bawa pisang sedekah ke semegid hari Jumaat. Apa nak kata, bagi dia kita hari-hari makan nasi..nasi..nasi bawa beraslah. Senang katanya.
Berbalik cerita Kapten Sharul semalam beliau datang tanya dulu apa yang diperlukan dan kita senang dengan cara itu. Beras banyak disini, kalau nak sumbang..serbuk pencuci amat diperlukan sebab mesin basuh sentiasa beroperasi mencuci pakaian bebudak ni setiap hari, sabun mandi, ubat gigi, berus gigi, minyak masak, kordial. biskut dll.  Slipar diasrama anak yatim ni jangka hayatnya seminggu dua saja lepas tu datang repot dah putus..hilang sebelah selalu. Ummi kata, banyak sumbangan kapten semalam..Alhamdulillah jazahumulLah khairan kathiran.

Isnin 29/11/10 - 4.52a.m

Tepat jam 4.45 siren dibunyikan untuk bersahur puasa sunat Isnin seperti lazimnya. Terlupa untuk ambil gambar mereka bersahur. Bila teringat, hanya yang tinggal adalah kerusi-kerusi dan meja-meja kosong yang sedang dikemaskan oleh cik Lilis. Cepatnya.....itulah yang dikatakan kalau tak bangunpun mereka tetap puasa dek kebiasaan. Namun mereka tahu kepentingan sahur sebagai pembahagi dan garis pemisah antara puasa Islam dan lainnya. Justeru mereka bangun walaupun untuk minum semata-mata. Sahur pagi ini nasi lemak sambal tumis ikan bilis masakan cik Lilis.

Isnin 29/11/10 : 3.00 pagi

 بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah
benarlah La Hawla wa La Quwwata illa bilLah
tiada daya dan kekuatan upaya melainkan dengan kehendakMu Ya Allah..
Ya Allah
kami akur betapa kerdilnya diri ini
berbanding bukit bukau
gunung ganang..bumi dan langit pun hatta
alam buana termasuk seluruh malakut..dan semua
petala atas bawah dan semua arah yang kami tahu dan jahil
pun seluruh cakrawala dan entah apa lagi namanya... namun..
semua itu hanya sebesar satu titik atau
lebih kecil dari itu berbanding kebesaranMu
namun Ya Allah
izinkanlah untuk hati ini meminjam.. sementara usia yang berbaki ini akan..
percikan dari percikan dari percikan cahaya kebesaran dan 'azamahMu
biar ia membakar azam dalam hati kami yang sekelumit ini..
untuk rebah sungkur sujud penuh hina dina hamba pada Khaliqnya
untuk patuh taat pada Mu Penciptanya
tanda akur tanda syukur jadi hamba padaMu
Ya Allah,,, tolonglah untuk jadikan kami ini hanya hambaMu
bukan hamba nafsu bukan hamba kepada ini dan itu
tolonglah kami untuk berdamping hanya denganMu
tidak dengan yang lain dariMu
tolonglah biarkan kami hanya memohon padaMu
mohon yang terserah padaMu atas keagunganMu dan RahmanMu dan RahimMu..namun
izinkan kami untuk buang segala apajua yang namanya harap dan raja'
dari hati dan lidah dari mata dan akal budi dan apa jua namanya ta'aqqul..
supaya kekosongan itu terisi denganMu sebesar dan seagong dari segala yang besar dan agong
berikan akan kami ini dalam kerja buat kami ini kekuatan Redho padaMu dan redho pada agamaMu dan redho pada RasulMu
hingga biar tiada lagi luang dan ruang dalam diri ini untuk sesuatu yang lain dariMu
biar kami jadi papa dan tiada apa-apa jua kerana kami takut barangkali apa-apa itu akan menjadikan renggang..dan lekang kami dari ZatMu
biar kami jadi pengemis yang mengais bawah duli kebesaranMu kerana itulahpun nilai kami sebagai hambaMu
Ya Allah hanya Engkau Yang kami sembah sujud dan hanya Engkau lah kami minta bantu..

Sunday, November 28, 2010

Ahad 28/11/2010

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini anak-anak yatim ini ada jemputan ke kenduri kesyukuran, biasalah musim cuti macam ni banyak program, kenduri kahwin lah..bersunatlah...kesyukuran dapat anaklah...anak masuk u lah...Jadi bagi orang yang jenis prihatin ni mereka teringatlah pada anak-anak yatim disini untuk menambah seri dan keberkatan majlis mereka dan sememangnya amalan seperti ini di galakkan dan perkara ini cukup jelas disebut dalam Al-Quran ;

سُوۡرَةُ المَاعون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيۡتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ (١) فَذَلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلۡيَتِيمَ (٢) وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (٣) فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥) ٱلَّذِينَ هُمۡ يُرَآءُونَ (٦) وَيَمۡنَعُونَ ٱلۡمَاعُونَ (٧

Al-Maun
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. (3) (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), (6) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)


Rutin hari ni adalah biasa, budak-budak ni akan bangun solat subuh, kemudian mengaji sehingga pukul  8 pagi. Hari Sabtu & Ahad tak ada kelas jadi kita gantikan dengan prep. Prep tu pula tak payah masuk kelas cuma belajar di ruang makan aje.


masing-masing buat kerja...

buat latihan dan ulangkaji....

hangpa semua dah mandi ka ha?

yang dah... jangan kacau..

Selepas solat Asar tadi saya sengaja minta anak-anak ini berdoa seorang demi seorang untuk mendengar doa peribadi mereka kepada Allah dan kita boleh menilai kecintaan mereka kepada tempat mereka membesar ini ada atau tidak..biasanya mereka akan luahkan permohonan doa ini dalam bahasa mereka namun andai diamati boleh menitiskan air mata. Ada tiga orang yang sudah pandai berdoa sepenuhnya dalam bahasa Arab memohon Allah bantu rakyat Palestin, Afghanistan dan Kashmir...kira dah masuk era globalisasi.

Sebaik saja keluar dari surau kami telah didatangi dua kumpulan tetamu mulanya disangka satu konvoi rupanya tidak. Kereta pertama sampai ialah ialah Kapt (B) Shahrulzaman dan keluarga sementara yang keduanya ialah Hj Rosli sukarelawan kami bersama dua orang usahawan wanita bersama beliau. Selain Hj Rosli mereka yang datang petang ini adalah kali pertama berziarah kesini. Kapt. Shahrulzaman berkata beliau tinggal di Sunway City dekat sini tapi tak perasan ada asrama anak yatim disini..tersasar jauh juga untuk sampai kesini. Sebenarnya boleh dikatakan ramai juga yang sesat untuk kesini walaupun dari atas lebuhraya nampak jelas tapi bila cari jalan nak masuk tak jumpa. Itulah sedikit masalah kami diTambun ini..sebagai pusat pengedaran dadah. Asrama kita berhampiran dengan kawasan operasi mereka yang diberi nama "Desa Khayalan" tempat mereka berniaga bekalan itu. Jadi asrama kami sentiasa menjadi sasaran  pencerobohan mereka untuk mencuri terutama bila harga besi melambung.  Kerana itu signboard kami yang terpampang dijalan masuk dicuri mereka kerana ia besi. Jadi kita sudah gantikan dengan plastik tapi takut nak pasang kerana kerusi plastik pun dirembat juga. Begitulah ceritanya kenapa ada yang tersesat..kerana tak nampak papan tanda kayu yang bertulis jawi pula...Kami tak tahu baca jawi...kata seorang tetamu dulu..
  Kemudian ada lagi tamu yang datang, Hj Zainol Jpn Ipoh yang memberi sumbangan wang dan seorang pengusaha catering yang memberiikan segar. Alhamdulillah.....                                                                                                                                 
                                                               Aktiviti Lepas Solat Isya'
mengaji....









































budak baru Ridzwan dari Bidor..


ummi ajar Sarah...


habis ngaji kena hafal sifir sambil makan keropok lekor..



licin,,,pinggan keropok lekor tengganu...


tuuu dia Jamal tawan besen...hantu betoi budak ni..