Wednesday, November 30, 2011

Pagi ini kami menerima kunjungan dari PSS 2 Brigade diketuai Peg. Pemerintah Leftenan Kolonel Pauzi Abdullah bersama lapan anggota lain untuk lawatan amal dan menyampaikan sumbangan ke asrama ini..Mereka datang jam 8:30pagi dalam satu acara ringkas berakhir dengan jamuan ringan. Gambar akan diupload kemudian.

Petang ni pun hujan lagi hingga kemalam tapi tidak selebat dan sedahsyat semalam dengan banjir dan ribut petir...walid sedang menanti gambar program pagi tadi yang dijanjikan oleh jurugambar nak diemail kepada walid tapi sebentar tadi walid check tak ada apa2 yang masuk...

Tuesday, November 29, 2011

إنا لله وإنا إليه راجعون
Inilah ucapan yang Allah ajar kita agar kita sebut ketika kita ditimpa bencana apa pun juga jenis dan bentuknya musibah itu..."Sesungguhnya kami (mengaku) adalah milik Allah jua dan sesungguhnya kami (mengaku) kepadaNya jua akan kembali",,

Sebenarnya walid dan ummi baru boleh masuk ke asrama tepat jam 8:00mlm ni..setelah berpusing2 ke sana kemari mencari jalan selamat...Kami sampai dekat tol Ipoh Selatan jam 6;50 sebelum masuk Maghrib..Hujan Ya Rabbi punya lebat bermula dari hentian sebelah Tg Malim tapi sekejap saja lepas tu berenti...sambung pula hujan lebat kat Slim River sekejap macam tu juga tapi bila sampai Bidor wah gelap dunia jadinya sampai Ipoh...ini pun masih bersisa lagi ...Masa keluar dari lebuhraya nak masuk susur keluar ke Lost World Tambun...jammed dengan semua jenis kenderaan bermotor..Susur keluar ke Lost World Tambun dari arah utara tersekat dengan kereta yang terdampar dek kerana enjinnya mati dalam arus air yang mencurah deras...

Kami bertiga, walid, ummi dan kak Izzah keluar dari asrama anak2 yatim ni jam 8:30pagi nak menghantar kak Izzah balik ke UIA Gombak..biasanya balik dengan angah kalau sama2 cuti...ataupun naik train laju..cuma walid buat tak faham jer semalam bila di ajak utk beli tiket KTM...sebabnya ada niat nak hantar dia dengan kereta kerana sejak balik dari Yaman tahun lepas tak pernah dan tak berani nak memandu kereta jauh2 sebab darah tinggi akan naik mendadak kemudian cepat rasa lemas dalam kereta bila lihat kereta potong memotong rasa gayat dan panik...Kesan dari putus ubat darah tinggi pada bulan terakhir di Yaman tempohari...akibatnya memori banyak hilang...habis lupa nama orang..bertanya berulang2...Kebetulan sekarang cuti sekolah dan rasa bertenaga sikit...nak cuba ler memandu jarak jauh dan niatnya ketika balik dari Gombak boleh singgah tengok Makngah Minah di Felda Sg Tengi...Kiranya sampai UIA tadi pukul 10:45..masa pergi tu banyak juga tergamam confuse dengan jalan yang di ambil betul ke tak..so Izzah tolong guide dari seat belakang...Masa balik rasa konfiden...kira ok lah tu...dah tua ni..terus singgah ziarah makngah tanpa beritahu depa..strategi tak mau susahkan orang...Pukul 12 kami berdua sampai situ..duduk lama juga sampai 4:30 jadi lama tu sebab urut makngah sikit lepas tu bagi dia duduk sendiri..ok tak goyah pun dekat 30 minit..selepas urut kedua2 tapak kaki..lepas tu makan nasi, rambutan dan durian..Kemudian jumpa jiran disitu pulak bila disoreh2 jatuh adik beradik ummi sebelah Teluk Buluh Sabak Bernam...

Itulah ceritanya bila sampai ke asrama ni Sg. Pinji telah melimpah air, laluan utama kami jambatan besi yang baru ditinggikan pun hapus dek air yang deras...banyak rumah2 cina tepi sungai dimasuki air...jadi memusing2 kami berdua mencari jalan alternatif..jalan kampung ada pokok tumbang menghalang akhirnya tawakkal rodong celah rumah kampung dapatlah masuk ikut lorong belakang asrama...pukul 10.30 baru air surut...Alhamdulillah..

  

Photobucket

Photobucket
Photobucket
boleh dah balik2 kan badan dan bengkokkan kaki

Photobucket
Photobucket
suruh buat chak chekor udang gamit minta kapur bagi kunyit...hi hi nak gerakkan jari...
Photobucket
semangat nak pulih tu kuat...kalau makngah baik nanti nak pi tengok anak yatim...



Monday, November 28, 2011

Hari ini cuti Awal Muharram...rutin harian anak2 ni macam biasa juga berpuasa Isnin dan lepas Subuh mengaji kemudian solat Dhuha dan membaca Ma'thurat pagi seterusnya acara bebas terpulang kepada masing2...nak tidur pun tak apa kelonggaran hari puasa Isnin dan Khamis memang gitu...

Tetamu pertama yang datang pagi ini ialah Tn Hj Zainon Jab Pendidikan Ipoh untuk booking tarikh 4/Feb/2012  kenduri sedaranya di Maju Rapat...

Pada jam 3:50 ptg Us. Khalil dan isteri Ustzh Ila datang untuk menyampaikan baju2 terpakai kiriman adiknya untuk dipilih bagi kegunaan anak2 ini..antaranya unifom sekolah yang masih baru...

Selang tak lama datang pula dua orang menaiki Waja menyumbang beras empat beg katanya dari Kem Pga Ulu Kinta....

Ni walid dan ummi nak keluar ke KTM nak report bungkusan yang di hantar hari itu ke Bndr Baru Nilai tak sampai pun....

Inna lilLahi wa inna ilaihi raji'un....pergi bank Islam..kad walid ditendang oleh tiga mesin yang ada...pergi ke KTM bahagian bungkusan...tutup pulak dah..depa cuti semua ke...kalau tak, ada jer orang kat kaunter tu Sabtu Ahad pun..Baliklah kami..saja...tak singgah asrama sebaliknya terus ke rumah kami yang dah lama tak jenguk...tengok burung layang2 dah bersarang kat empat perjuru siling porch..hohoho sekilo sarang burung harganya RM7k..najisnya lagi melambak dibawah...aduh...beginilah jadinya bila rumah kena tinggal...

Balik ke asrama dah waktu berbuka pun...anak2 ni pakat makan nasi dengan masak sambal tumis ikan kembung dan sayur, masakan Makcik Som..Kak Izzah kata ada orang datang hantar bihun goreng petang tadi En, Azhari yang minta dibuat tahlil untuk maknya yang baru meninggal..Hujan rahmat turun sampai kinipun..Alhamdulillah...Ni nak keluar lagi ke Giant pulak nak try kad ummi pulak di ATM situ...sebab bongsu kami perlukan duit....

Hujan berterusan....kami baru sampai balik ke asrama 10:00mlm...Sahlah kad walid kena tukar baru dan tadi guna kad BIMB ummi ok pun dapatlah transfer duit kat sibongsu kami tu...Hujan makin lebat nih............


Sunday, November 27, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRIYYAH 1433

Pagi ini kami dikunjungi beberapa orang tetamu diantaranya En.Hijaz seorang pensyarah PUO yang pertama kali datang meninjau lokasi asrama ini untuk mengadakan program khidmat masyarakat di asrama ini...jadi setelah berbincang beliau pulang dan telefon ummi menyatakan akan mengambil anak2 ini untuk melawat Poli pada 16 Dis dan 17 Disember program gotong royong tersebut akan di adakan...

Sejurus selepas itu datang pula tiga orang tetamu dari Taman Golf diketui Dato' Haron, Cikgu Hanif dan Hj Zamin mewakili Badan Kebajikan Surau Tmn. Golf...Selain Hj Zamin dua orang lagi ini adalah pengunjung kali pertama juga. Tapi isteri Dato' ni Datin Yan pernah datang kemari bersama anak dan menantu mereka dan bersoreh sakan ler juga sebab Datin pun dari Parit Buntar juga sama macam walid... Tujuan kunjungan kali ini adalah untuk mengetahui sejarah asrama ini dan melihat apa yang boleh mereka bantu...Walid sempat menerangkan perancangan terdekat kita untuk Fasa 1 membina rumah guru dan Fasa 2 membina surau selain menambak kawasan rendah dibahagian luar pagar....insya Allah...

Jam 3:30pm sepasang suami isteri singgah di sini on the way balik dari kenduri di Rapat Setia, En. Safidin bekerja di JKR dan isteri bekerja di Pos Besar Ipoh..untuk menyampaikan sumbangan wang, masa tu hujan lebat..Kemudian datang pula dua buah kereta yang sebuah tu  suami isteri dari Bt 6 menunjuk jalan kepada yang sebuah lagi dinaiki suami isteri juga tapi tinggal di Indonesia..Berdasarkan catatan dalam buku pelawat sang suami bernama Auk Murat dan isterinya Col Izzi dari Sentul City Indonesia..Mereka melancung ke Malaysia dan dari Janda Baik katanya...Apa kaitan dengan suami isteri Bt 6 tu? Auk Murat itu adalah abang kepada isteri kereta pertama Bt 6 tu...Mereka datang nak menghulurkan sumbangan wang ke asrama ini....Alhamdulillah.

Walid baru balik dari pengajian di Pasir Putih di ambil dan dihantar oleh Us. Faisol...sebelum pergi tadi sempat berjumpa dengan En. Hijaz dan kawannya En. Azlan masing2 pensyarah PUO yang datang sekali lagi untuk membawa kawannya itu melihat sendiri asrama ini. Dan tetamu yang terakhir sekali hari ini ialah satu keluarga yang datang menghantar nasi kenduri berlaukkan dalca dan rendang tok...

Saturday, November 26, 2011

Makanan datang mencurah2 dari semalam hingga hari ini sehingga dapur kami tidak beroperasi...Semasa program motivasi LAP selesai ada orang bawa goreng pisang...Selepas jamuan LAP petang semalam, datang burger selepas Maghrib dari katering yang sama.Kemudian ummi dapat panggilan telefon dari kem 2 Briged nak hantar makanan...lepas Isyak datanglah dengan cucur udang, donat, goreng pisang dll. Jam 9:15 ada lagi nasi dan kari daging dan ikan bilis goreng dengan agar2 dan bermacam jenis air sampai....Itu cerita  semalam...Alhamdulillah...

Hari ini pula sebelah tengahari sebelum kami keluar ketempat kenduri Us Hafez, Mr Tawil datang menghantar bermacam2 jenis makanan jadi sajian tengahari anak2 ni...Bila kami pergi kenduri masa balik tu dibekalkan pula dengan pula nasi kenduri untuk anak2 yang di asrama ni..Pukul 6:30 ptg ni ada orang dari Tg Rambutan hantar laksa 4 kilo untuk 40 orang makan...yang ini depa pulun tak guna cakap...Pukul 7:00 ada lagi katering datang hantar nasi kenduri dengan rendang tok katanya dia pengusaha kantin di Politeknik Ungku Omar...

Itu tak termasuk dua biji buah nangka madu yang dibawa oleh Pak Uda Sarah dan buah rambutan yang dibawa Us. Najdi dan Sdr Shaila...Sarah dan Basirah jam 10pg tadi di ambil pak udanya untuk ujian kemasukan di SMA Ad-Diniah, Pdg Rengas...Ummi pula hantu nangka lepas Asar suruh Rauf belah sebiji...Ya Allah punyalah manis hingga tak terkata....Alhamdulillah...

Si Hisyam pula hari ini asyik minta donat satu lepas satu...dengan buah limau..semalam Cikgu Zaid bagi buah limau  motivasi kat dia....


Tetamu yang datang pagi ini ialah Dr Adam dan isteri bertujuan untuk menyampaikan sumbangan wang. Sementara itu empat orang anak yatim kami Amirul, Udin, Anas dan Danial dipinjam oleh teacher untuk dibawa  menjadi petugas dikenduri Us Hafez Sabri hari ini....

Mereka yang tinggal pula selepas Solat Dhuha dan ma'thurat pagi bergotong royong mesin rumput untuk tapak gelanggang takraw mereka ditepi lebuhraya....

Lepas Zohor walid dan ummi pergi makan kenduri di Sek SERATI dimana Us Hafez mengadakan walimahnya disitu kemudian terus membawa pulang empat orang anak2 kami yang dipinjamkan utk menjadi tukang cedok lauk pauk kenduri.....



Photobucket
gelanggang sepak takraw konon....



Photobucket
rauf dan bob
Photobucket
hafizan memantau kandang
Photobucket
gotong royong kambus lopak dekat gelanggang

Photobucket

Photobucket

Baru balik dari menjemput Kak Izzah yang balik naik bas ekspress dari KL...Dia kena balik sebab semua kawan di dorm dia habis balik...so kena balik ler...Bertolak lepas Maghrib dari UIA kemudian jalan jam hampir 45 minit dari Puduraya nak ke Bukit Bintang sahaja...

Friday, November 25, 2011

Walid baru balik dari solat di Masjid Sekolah Izzuddin Shah..balik tergesa2 sebab sakit perut yang tak tertahan...Ummi berada diluar untuk memantau persiapan program LAP yang disentuh dalam entri sebelum ni..
Diluar sana dah ada kereta masuk kata ummi.....

Alhamdulillah majlis dihadiri oleh hampir 20 orang kakitangan LAP diketuai Ydp Badan Kebajikan Islam, Tim. Ydp Ir Hj Shafie kawan lama walid dan ajknya...selepas ucapan aluan Ydp BKI dan walid sendiri mewakili Asrama, majlis diisi dengan Motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Zaid Abu Othman Guru Cemerlang Kaunseling dari SMK Sayong yang amat bagus pendedahannya untuk memberi kesedaran kepada anak2 asrama ini agar bersyukur dan menghargai apa yang dirancang untuk mereka.

Majlis berakhir dengan solat Asar berjamaah diikuti dengan jamuan....Cikgu Zaid kata baru ini beliau tahu di sini ada asrama anak2 yatim dan beliau yang mungkin akan bertukar ke MCKK berjanji akan datang lagi sambil memberi kad beliau...


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, November 24, 2011

Ummi terima sms bertalu2 dari guru2 pelatih IPDA..ada yang berterima kasih kerana bagi kerjasama kepada mereka menjayakan program tempohari..ada yang menyatakan mereka dah selamat sampai, ada yang meminta sampaikan salam kepada adik2 dan pesan kepada Danial supaya jaga adik2 ni dengan baik..dan ada yang meminta kebenaran nak datang ngajar adik2 yang nak menduduki PMR...Terimakasih kembali kita ucapkan dan kita mengamalkan dasar pintu terbuka kepada sesiapa jua yang ingin berpartisipasi untuk kebajikan anak2 yatim kami ini...


Cuaca hari ini baik sekali tengahari panas tapi selepas masuk petang bertukar redup sampai ke malamnya tanpa hujan...Alhamdulillah..membantu anak2 ini berpuasa.

Mak Cik Nor yang menjadi penyumbang tetap setiap Isnin dan Khamis hari ini membawa pengat ubi kayu dan kain tudung untuk anak2 perempuan ...semalam seorang kawan kepada Makcik Nor ni datang menyumbang cadar sebanyak 26 pasang.

Sejurus selepas kedatangan Makcik Nor ada pula tetamu iaitu dua orang anggota KAGAT datang untuk menetapkan tarikh program mereka pada 30 November nanti..Selepas itu ada tetamu dari Bt 6 membawa pulut kuning dan kari daging...

Sementara itu besok ada program Lembaga Air Perak yang akan datang pada jam 3 ptg...hingga 5ptg..Anjuran Persatuan Kakitangan Islam LAP...


Wednesday, November 23, 2011

Cuaca pagi ini redup dan hujan...anak2 kami baru selesai mengaji dan sarapan....sekarang masing2 ke surau untuk solat Dhuha dan baca al-Ma'thurat....Selepas itu akan masuk kelas masing2...

Walid dan ummi  terpaksa keluar hampir jam 12 lebih ke stesen keretapi Ipoh untuk kirim baju dan barang2 yang diperlukan Kak Iffah di USIM kerana dia ada majlis apa entah yang perlukan unifom. Baju tu baru siap di upah di Ipoh ni jadi kita guna khidmat door to door KTM..Balik dari situ terus pula ke bengkel untuk ambil kereta antik merc kami yang dah siap pasang NGV semalam..tapi semasa cina tu telefon walid ada kat KL, jadi hari ni pergi ambil kena RM3,200 untuk NGV saja campur dengan ganti cermin dll hampir 4k..Walid pun baru hari ni first time berpengalaman bawa kereta pakai NGV, nampaknya tak ada beza langsung dengan petrol...Mulanya pilih tank 100 liter tapi cina tu kata tak boleh sebab kalau pakai itu bonet tempat simpan tayar spare tak boleh dibuka dan payah nak dikeluarkan..jadi dia pasang tank 80 ltr..balik dari situ merondalah pulak nak cuba..alhamdulillah nampaknya ok...Full tank kata cina tu lebih kurang RM12 saja...Malam ni nak cuba lagi kerana nak tengok macamana lampu pulak terang atau tidak.....tapi hujan masih ada lagi sepanjang hari ni...

Baru balik dari ujian memandu diwaktu malam jam 11:17pm...walid bawa ummi, Sarah dan Basirah untuk ronda satu pusingan melalui jalan Tambun masuk Jln Sultan Azlan kemudian Jalan Medan Gopeng terus ke Sg. Rokam, Pekan Razaki, Jln Ampang masuk Lbh Raya dari tol Ipoh Selatan kemudian susur keluar ke Tambun...Ok..boleh pecut laju di Lbh Raya..cuma bila jalan basah dek hujan yang tak renti lagi hingga kini pun, memang lampu seakan malap..Walhasilnya NGV tidak berbeza dari petrol...pikap sama malah lebih smooth rasanya....potongan 25% cukai jalan...Tunggu apa lagi....

Gambar Mercedez 200 NGV

Tuesday, November 22, 2011

Persekolahan anak2 yatim kami berjalan semula hari ini setelah semalam dipenuhkan dengan program motivasi dari guru pelatih IPDA..Mereka baru saja selesai solat Dhuha dan Ma'thurat.

Kemudian ada dua orang wakil dari Lembaga Air Perak datang untuk mengesahkan program yang akan mereka anjurkan pada hari Jumaat 25.11.11 yang akan bermula jam 3:00 ptg...

Sementara itu walid masa itu sedang menunggu kawan untuk ke KL kerana ada urusan ...kami pergi jam 11:15am dan baru sampai balik sebentar saja tadi jam 6:40pm... Anak2 lelaki masa tu semuanya berada diruang makan untuk makan malam...Walid tanya ummi kenapa awal pula mereka makan tidak seperti biasa selepas solat Maghrib kalau tidak hari puasa Isnin dan Khamis...Kata ummi hari ni mereka jadi pelik sikit asyik nak makan jer..pukul 11:30 pm waktu rehat mereka dah makan nasi betul2 punya bukannya nasi lemak ke apa..kemudian selepas Zohor datang  nak minta makan nasi lagi...sehingga dah lari dari jadual biasa...bagi orang yang tak terlibat dengan penjagaan anak2 yatim, mungkin akan kata biaq pilah depa lapaq kut...bagilah depa makan!! Kami nak mendidik dan membina akhlak mereka, didikan kena ada peraturan yang perlu diterapkan untuk membiasakan mereka menghayati perilaku yang baik...Kata Imam Al-Busiry: "Nafsu manusia ini sama seperti kanak2 (yang menyusu)..kalau anda manjakan/biarkannya, dia akan membesar dengan tabiat suka menyusu walhal kiranya anda hentikan tabiat tersebut pasti dia akan berhenti." Ertinya sikap "biarkanlah..biaq pi lah" dari ibu bapa atau penjaga atas nama kesian...inilah yang akan merosak peribadi mereka..Kerana itu dalam Islam Rasulullah SAW mengajar kita bila belaian patut diberi, bila galakan perlu diguna pakai, bila pula arahan patut digunakan dan bila pula boleh dipukul sebagai langkah2 mendidik...Orang Melayu pun ada maximnya, sayang anak tangan2kan, sayang isteri tinggal2kan..

Lepas solat Maghrib dapat panggilan telefon dari Kak Iffah yang jatuh motorsikal semalam..masih sakit dan bengkak..angah yang pergi ziarah adiknya pagi tadi beritahu ummi adik berjalan tadi macam orang tengah pantang, atur langkah satu demi satu..tapi dua orang mereka yang terlibat ni terpaksa gagahkan diri tunggang motor tu juga kerana hari ni ada ujian...
Berita terkini yang baru diterima ummi dari perbualan telefon yang diterima dari Kak Iffah di USIM Bdr Baru Nilai...Apa beritanya? Kak Iffah terlibat dalam kemalangan apabila motorsikal yang dibonceng dipandu kawannya malam ini telah terbabas di satu simpang dan terbalik..Kak Iffah terseret lututnya bergesel dengan permukaan jalan mengalami luka dan bengkak...Esok pula ada ujian..Mudah2an diselamat Allah...Kawannya yang memandu dikatakan tidak teruk sepertinya...  Deliberation is from Allaah and haste is from Shaytaan

Monday, November 21, 2011

Alhamdulillah jam 5.50pm. baru sampai rumah dari Felda Sg Tengi, Behrang menziarahi mak ngah walid yang terlantar dirumah Kak Rukyah sepupu walid....


Photobucket
gambar mak ngah minah sejurus kami sampai

Photobucket
Photobucket
selepas di urut dan kami pun nak balik dah..
Photobucket
mak ngah cakap tak renti...


Photobucket
kami doakan mudah2an cepat sembuh...
Photobucket
yang bertudung hitam tu kak rukyah tuan rumah, baju biru anaknya, yg tinggi abg bakar sepupu kami abg kpd kak rukyah, paklang di, dan yg blkg ummi tu saad ank abg bakar   
Photobucket
pak teh dolah muncul dlm gmbr ini dan blkg bg bakar ialah feah adik kak rukyah..

Photobucket
Mak Ngah Minah adalah kakak kepada mak walid..mak ngah ni baru saja diserang strok selepas pulang dari Solat Raya Idil Adha baru2 ini...Hari ini baru boleh pergi ziarah itupun bila Abang Hadi (Pak Lang Di) abang walid telefon semalam ajak ikut sekali  mereka tiga bersaudara iaitu dia sendiri Cik gu Dolah (Pak Teh) adik walid dan adik bongsu walid Cikgu Royani (Paksu Yani) yang menjadi drebar kami..Kami bertolak dari asrama jam 10.30pagi dan sampai di sana jam 1:00pm. Kami memilih exit Bukit Tagar dan Bestari Jaya kerana pengalaman melalui jalan Behrang yang agak jauh dan berlobang sana sini...

Umur Mak Ngah Aminah 88 tahun tapi ingatan masih kuat dan badan berisi. Mak ngah ini ada empat beradik, tiga perempuan seibu sebapa iaitu mak ngah, mak walid dan mak cik Salmah di Sabah. Dan ada saudara lelaki sebapa bernama Mustatafa atau kami panggil Pak Su Tapa tinggal di Teluk Intan.


Photobucket
almarhumah mak walid dan adiknya makcik salmah dari sabah

Sewaktu kami sampai di Tol Bukit Tagar walid telefon Rofeah sepupu walid untuk  memaklumkan dimana kami berada disamping bertanya alamat rumah baru Kak Rukyah, Jalan Laksamana katanya dan katanya lagi Bang Bakar akan tunggu nanti dekat rumah lamanya..rumah kedai, mereka dulu tinggal di kedai runcit milik mereka sebelum ini. Bang Bakar pula baru pagi ini datang dari Temerloh Pahang dengan anaknya Saad..Sebenarnya Mak Ngah tinggal di Sg Sireh, Tg Karang dengan Feah anaknya tapi bila dah strok begini dipindahkan ke rumah Kak Rukyah sebab disini ramai yang boleh jaganya.

Cerita anak2 yatim pula semasa kami nak berangkat pagi tadi anak2 masih bersama abang2 dari Institut Perguruan Darul Aman untuk program hari ketiga dan masa itu juga ada tetamu yang datang dari Spg Pulai untuk menyampaikan sumbangan wang..Alhamdulillah..Program guru pelatih IPDA dijangka berakhir waktu tengahari...

Sebaik kami sampai pula ada tetamu suami isteri baru saja datang dan selesai menulis pada buku pelawat kami,  bertujuan untuk menyampaikan sumbangan wang dan terus beredar selepas itu ..Alhamdulillah... pada masa itu juga di ruang makan pula sudah ada lauk untuk berbuka bersama berapa jenis kuih dan pisang yang dihantar untuk anak2 ini berbuka puasa sunat Isnin hari ini. Kemudian datang pula En. Latif ajk Masjid Rapat Setia  untuk menjemput kami ke masjid tersebut untuk menerima sumbangan pada bulan Disember ini..agenda tahunan masjid kami katanya..

Semasa di rumah Kak Rukyah tadipun Bang Bakar, Kak Rukyah dan adiknya Feah dan anak sedaranya juga menghulurkan sumbangan untuk asrama anak2 yatim kami...Alhamdulillah..




Sunday, November 20, 2011

Anda tentu pernah dengar minuman sarang burung (Bird Nest Drink). Sarang burung walit, sekarang ini menjadi minuman walid dan ummi. Ummi yang sebelum ini selalu saja diserang kebas tangan hingga tak boleh nak buat kerja... setelah minum sebotol sarang burung ini alhamdulillah hilang penyakit itu...tiada lagi lenguh2 yang selalu menyerang sebelum ini...Bagi yang tak pernah mencuba, rasanya hanya macam minum air nasi saja..

Mulanya walid beli ini dari Us. Sidik yang mengalami masalah lenguh2 dan kebas katanya akibat bertahun2 tidur berlantaikan simen semasa dalam tahanan ISA beberapa tahun lalu...isterinya orang Kemboja mencadangkan mengikut amalan masyarakat Melayu Kemboja kebas2 ini rawatan yang baik ialah minuman sarang burung....lalu dia usahakan mencari minuman ini dan berjumpa minuman itu di Perlis...teruslah dia jadi pengedarnya....Harganya tak mahal sangat macam yang kita dengar dari radio cuma RM50.00 sebotol. Tapi khasiatnya masya Allah bagus untuk orang yang mengalami kebas kaki tangan...cubalah sebagai ikhtiar...
Guru Pelatih dari IPDA Jitra  datang petang semalam dan bermalam disini untuk memulakan program mereka hari pertama bersama2 anak2 di sini pagi ini....



gambar2 acara pagi

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Jam 10.15pg tadi semasa walid nak keluar ke Bank Islam untuk memasukkan duit ke akaun angah yang keputusan wang sejak dari semalam lagi katanya tinggal 20 sen ja..bila gitu walid janji pagi ni lah nak ke bank sebab malam tadi program habis hampir 11.30pm tak larat nak berkejar ke bank malam2 gitu...semasa dia telefon ummi...Alih2 ada satu keluarga yang datang bertujuan untuk meminang singgah meminta kami sertai mereka untuk meramaikan rombongan mereka setelah semua yang lain berkeuzuran...walid khabarkan anak2 yatim ada program sekarang ini kalau setuju bolehlah pinjamkan fasi yang ada dua tiga orang dan walid pula gout tapi bolehlah setakat nah memenuhi hajat orang dan nak meramaikan bilangan rombongan sekejap...pergilah kitapun...

Balik dari bank, asrama sunyi sepi tiada berorang kerana ada undangan kenduri, walid terpaksa meronda keasrama kerana bimbang ada penagih dadah masuk...tambahan pula pelatih2 ni tinggalkan semua kasut2 sukan yang berjenama..didepan pintu gitu saja...Alhamdulillah tak ada apa2...

Kemudian datang tetamu dari Rapat Setia datang untuk menyumbang wang dan pakaian yang masih elok2 lagi katanya....dan ada lagi selepas itu orang datang untuk jemputan ke kenduri akan datang...

  acara petang
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Petangnya pula sekitar jam 6:15pm pelajar STAM walid yang abangnya bertunang tengahari tadi datang dengan kakak dan adik bongsunya. Rupanya nak sampaikan hadiah Kelas STAM 2011 kepada walid serta salam dari pelajar2 STAM...Walid tanya kenapa tak datang awal konon nak join program anak2 yatim   ni...Tertidur katanya keletihan dek majlis pertunangan abangnya tadi...Siapa dianya? Nasuha Baharuddin...


Photobucket
nasuha pegang mikrofon


Photobucket
yang ditengah tu nasuha
Photobucket
hadiah yang tertunda
Berita terkini...ada beberapa orang anak2 yang cedera ketika permainan petang ini tapi tidak teruk sangat cuma Si Rauf ini entah macamana terjatuh ketika mandi akibatnya luka pada bahagian dagu yang terpaksa dibawa ke kelinik untuk mendapat pandangan doktor...
Sekejap tadi 8;15 baru balik...kena enam jahitan.....
Malam ini selepas solat Isyak ada acara dewan berupa tayangan barangkali, kerana mereka minta dari ummi LCD projektor.... walid dan ummi kena ke bank lagi malam ni kerana kak Izzah pula kekeringan duit....