Thursday, February 28, 2013

Hari akhir projek dokumentari

Kiranya hari ini Khamis merupakan hari terakhir kpd sekumpulan pelajar UITM utk menyudahkan kerja shooting mereka disini. Dari time anak2 ni bersahur sampai selepas solat Isyak dan pukul 10 mlm ni baru sebahagiannya bergerak pulang ke kampus....banyak jugalah pengalaman yg boleh menjadi sweet memory dalam kesempatan bersama dg anak2 yatim ini, berbagai gelagat dan cerita yg mengalir air mata yg boleh dibawa balik sebagai pengalaman dan kenangan....semoga berjaya projek mereka.


ketua projek arif




peralatan yg dibawa



Wednesday, February 27, 2013

Cerita hari ini Selasa

Sejak jam 5 pg hari ini Selasa, ada sekumpulan pelajar UITM dari Seri Iskandar terdiri dari 5 orang krew datang untuk membuat penggambaran perjalanan hidup anak2 yatim ini...dalam projek dokumentari mereka untuk tahun akhir..mereka merakam habis aktiviti anak2 ni sampai ikut 8 orang anak yatim ini ke maahad tahfiz tempat mereka belajar...katanya mereka akan datang lagi hari Khamis untuk merakam anak2 ini bersahur puasa sunnat khamis....mereka balik selepas solat Maghrib, selesai merakam anak2 ini berjemaah.

Petang ni angah ke Putera Jaya menghantar kak Izzah yg akan ditemu duga esok Rabu...Sebelum mereka pergi paklang dan maklang singgah makan tengah hari disini dalam perjalanan balik dari Melaka ke rumah depa di Sg Petani...

Malam ni kawan angah semasa STAM di SMA Raja Nazrin Shah di Kg Gajah dulu, Us.Saleh namanya mula membimbing anak2 tahfiz kami...dianya baru tamat belajar di Universiti Al-Azhar..dan berpindah ke Ipoh kerana ayahnya kena menjalani haemodialisis setiap minggu di Ipoh Specialist Hospital...

Chikgu Zafran dan keluarga datang ziarah...

Hari Sabtu lepas kami diziarahi oleh Chikgu Zafran sekeluarga yg sejak kahwin dan beranak sorang baru muncul..Kedua suami isteri mengajar di KL sekarang, dulu sering membantu bagi tusyen kpd adik2 yatim ni....
zafran dan anaknya mus'ab



gambar tak jelas 

Wednesday, February 20, 2013

Alahai Seronoknya Diihujan Petang

Pukul 4 ptg hujan turun mencurah2...kesempatan yg tak dilepaskan oleh anak angsa dan itik serati..pakat mandi sakan dan sisir bulu masing2







ngaji 



Saturday, February 16, 2013

LATIHAN NASYID SAMBUTAN MAULIDURRASUL




Pak Lang bawa 30 kilo ikan Kembung

Tuuuuuudia ikan kembung baru2....baru naik dari laut sebanyak 30kilo Pak lang n mak lang bawa dari Sg Petani utk anak2 yatim...

mak lang hjh rusnah








amirul n jamal jaga kuali

BARAKALLAHU LAKUMA WABARAKA ALAIKUMA WAJAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR

Sekitar pukul 1.30 tadi pengantin baru mengunjungi kami baru turun dari berbulan madu di C.Highland. En. Rosli dan isteri....angah yg pergi jemput mereka di tol Ipoh Utara tadi...En. Rosli bekerja di Tabung Haji Bayan Lepas tempat angah  jalani Skim Latihan 1 M'sia itu hari... 

rosli dan ayu



percayakah muka nurin seakan  muka pengantin......


Add caption

Walid teringat berita radio IKIM semalam yg menyebut revolusi di Syria sudah memakan korban 70 ribu nyawa dan betapa ramailah anak2 menjadi yatim disana..ekoran tentera kerajaan menggempur kampung2 dengan serangan udara dan darat. Kejam betul rejim Bashar ini..demi kekuasaan hilang segala pertimbangan kemanusiaan. Yang walid ingat sewaktu berada di Yaman dulu bahawa anak2 yatim Palestian di Gaza punya  badan2 dibawah Hamas yg mengurus mereka dg baik. Badan2 ini mencari sponsor utk menyara anak2 yatim ini dan mengurus pentarbiahan mereka dengan pelajaran dan membina mereka menjadi huffaz setelah itu diberi latihan ketenteraan untuk melahirkan tentera yg hafal Al-Quran macam tentera Rasulullah bagi menghadapi tentera yahudi israel....Sebab itu Hamas memberi perhatian terhadap anak2 yatim syuhada mereka...dan tidak membenarkan anak2 ini dibawa keluar dari bumi Palestin...Lagu mana anak2 yatim di Syria tak tau la pulak...
Anak2 yatim kita pula, tahun ini kita ikhtiarkan menghantar lapan orang ke maahad tahfiz berdekatan utk lahirkan para huffaz..sebelum ini pernah dicuba tapi tak kesampaian kerana kita tidak dapat guru tahfiz yg sepenuh masa...walaupun anak2 kami ni ada yg dapat hafaz hampir tiga juzuk...diharap pendekatan tahun ini dapat mencapai sasaran...Kita tentunya tak dapat buat macam projek HAMAS tu...masuk ISA ler jawapnya. Pelajar berjihad di Afghanistan pun dikira salah dan ditangkap sepulang ke tanahair sendiri..sepatutnya diberi sanjungan dan pujian kerana sumbangan mereka menggadai nyawa mempertahankan bumi Islam....ini tidak, menjadi buruan laksana penjenayah...Kalau jadi penyanyi diluar negeri tambah pula di negara barat,,,,terus dapat gelaran dato..disanjung kerana mengharumkan nama negara...aduhai.....  

Tuesday, February 12, 2013

Ziarah Guru Walid di Lahar Budi Kedah

Sewaktu walid mula mengaji di Pondok Irshadiah Sg Bakap, setiap kali habis kelas umumi waktu Isyak kami kena hadiri kelas tasrif ilmu Sorf berdasarkan kitab Dhommun serta madkhal yg dikendalikan oleh Us Yaakub Shafie..Petang ini kami bertiga walid, angah dan pak lang Norddin berkunjung menziarahi beliau yg beransur pulih dari serangan strok...Seorang yg gigih belajar dari pondok kepondok sampai ke Shaharanpoor India dan berkahwin pada umur 50 tahun...

us kob kelihatan masih letih diapit walid n pak lang

telaga mandi pusaka