Oleh kerana angah balik, ummi jadi panjang kaki boleh kesana kemari dengan drebar peribadi. Hari ni pergi cari ikan nyok nyok, sardin dan ikan2 lain..budgetnya RM130 tapi penjual tu banyak bersedekah untuk anak yatim ni dikurangkan harga hanya RM90 jer.....Taukey ikan pasar Tg Rambutan ni memang salah seorang yang selalu datang ke asrama ini. Berasal dari Kedah. So hari ini ummi niat nak masak kari ikan nyok nyok, sayur kacang panjang masak kalia dan sambal tempoyak dengan pelbagai jenis ulaman....
12:30pm sebentar tadi ada anggota Renjer En. Saidi dan isteri Pn Linda datang pertama kali mencari asrama anak2 yatim kami ini, akhirnya berjumpalah juga setelah sesat berpusing2 agak lama....mereka datang untuk menyumbang barangan dapur dalam kuantiti yang agak banyak...Alhamdulillah, terima kasih diucapkan....
Wah..bila tiba waktu makan 12:45pm suasana jadi senyap...berebut sambal tempoyak dan ulam kacang botor, timun dan salad..budak lelaki yang peringkat menengah ni memang pandai berulam ni yang seronoknya si Hafizan pun ada sambal tempoyak dan kacang botor ooii..walau gigi rongak tengah tapi kawan boleh adjust guna gigi tepi hingga habis kacang kelisa cicah sambal tempoyak seronok melihat depa makan...kari ikan nyok nyok tak jadi masalah..hisap habis hingga tulang...Hisyam pun tahan pedas cuma dia tak ambil sambal dan ulaman...budak2 pompuan pun tak kurang juga berulam, kalau biasanya mereka suka bersembang..hari ni sepi..mungkin kerana walid sekeluarga dok makan sekali...atau kerana nikmat makan kari ...
Sebelum asar, anak-anak yatim ini menerima undangan birthday party yang disajikan dengan pelbagai hidangan menurut kata mereka. Mereka pulang lewat petang ke asrama, kebetulan pula bertembung dengan tetamu-tetamu yang akan mengadakan majlis bacaan yasin dan tahlil dan kenduri arwah bapa Cik Maslina ( Acu ) . Walid serahkan semua sekali kepada angah untuk mengetuai majlis tahlil dari mula sehingga isya'. Majlis makan bermula sebaik sahaja selesai solat isyak. Anak-anak ini ada mencuit umi mengatakan bahawa mereka sudah kenyang tapi umi katakan kepada mereka tak boleh makan banyak,makan sikit pon jadilah untuk menghormati tetamu yang datang untuk menjamu anak-anak disini.
So, malam nie setiap mereka dapat 2 beg "jajan" dan ini pengalaman kali pertama bagi 3 musketeers ini terutama si Hisyam yang tidak mahu melepaskan beg tersebut kerana takut diambil oleh kakak2 dan abang2 nie sehingga walid terpaksa mengambil masa untuk memujuk bahawa disini ada undang2. segala "jajan" tidak boleh dibawa ke asrama kerana nanti akan datang serangga seperti lipas, semut, tikus. Barulah dia mengangguk tanda faham. Rupa2nya di dalam beg itu ada belon dan mercun..itu sebenarnya menjadi tarikan dan kejutan kepada Hisyam yang tidak pernah merasainya. Akhirnya bila ditanya kepadanya kenapa tidak boleh bawa beg "jajan" ke asrama, dia jawab kerana takut lipas, semut datang ke asrama gigit Hisyam...Si Hakimi yang gendut tu pulak rupanya takut belon..bila umi kata ambik belon tu tiup, dia sudah tutup kedua2 belah telinga dari jauh..setiap kali belon meletup, dia menarik nafas lega, bila rahsia ni diketahui, masing2 nak letupkan belon dekat dia. Lari lintang-pukang la si kimi ni...
No comments:
Post a Comment