Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, January 13, 2013

Bersunat Disember 2012

Cuti persekolahan hujung tahun 2012 seramai enam orang anak2 kita telah menyertai bersunat beramai2 anjuran Carsem Jelapang...Majlis ini telah diadakan di  Carsem ditaja oleh beberapa orang "orang kuat" persatuan Wardah..Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bermurah hati menjadi penaja untuk anak2 ini. Mereka yang terlibat adalah gabungan dari penghuni lama dan baru. Yang lama adalah Hisyam sementara yang lain semuanya pendatang baru. Kita sebenarnya telah menerima seramai l0 orang anak2 baru sebelum Ramadhan lepas terdiri dari Ridhwan (anak yatim bapa), Mior Faiz, Mior Akram, Mior Hafiz, Mior Arif (Abon) baru 4 tahun, Fatihah dan Atikah, mereka ini enam beradik semuanya yang kita terima sehari sebelum Ramadhan dari keluarga miskin yang ditinggalkan ibu kandung yang lari sejak dah hampir tiga tahun..sedang bapa mereka seorang kelendan lori...Mereka tidak bersekolah..Selain itu ada dua orang kanak2 perempuan kembar berumur 5 tahun Yana dan Yani dan kakak mereka Amirah 7 tahun. Tiga beradik ini pula ditinggalkan ayah mereka..

baju biru hisyam, abon tak berbaju

faiz tuala biru, hafiz adiknya disebelah.

yg dekat tu akram
wan yg nampak gg

No comments:

Post a Comment