Tuesday, September 24, 2013

Gotong Royong Reban Baru

Ada seorang kontraktor binaan dan taukeh kedai hardware berhampiran pasar Tambun namanya Ah Khean menyumbang reban ayam yang diperbuat dari besi bernilai RM500. Petang ini kami mula gotong royong untuk menyediakan tapak reban dibawah pokok cempedak dan asam gelugur. Reban lama diruntuh dan dibakar. Walaupun Ah Khean ni seorang tionghua tapi bila diceritakan ayam peliharaan kami selalu dibunuh dan dimakan oleh anjing kilang yang menyerang diwaktu malam dia kata kasi racun sama itu anjing...kasi mati lagi baik...Asalnya ayam2 itu ada 20 ekor semuanya sumbangan seorang hamba Allah yang dapat baka ayam kampung ini dari Jabatan Haiwan percuma walhal dia tiada kawasan nak tempatkan ayam2 ini di taman perumahan lalu dibawa keasrama..Sekarang hanya tinggal 8 ekor yang sudah jadi ayam dara, dua ekor mati sendiri dan selain itu dibaham anjing kilang. Itu yang membuatkan Ah Khean marah dan sponsor reban baru nih. Anjing2 ni biasanya datang waktu tengah malam dan menakutkan ayam2 yang sedang tidur dengan salakannya menyebabkan ayam2 yg rabun malam akan bertempiaran keluar dari mana2 lobang reban lalu jadilah mangsa anjing tu....kekadang mati bergelimpangan empat lima ekor  dengan isi  perutnya terburai dibunuh binatang pemangsa tu...












No comments:

Post a Comment