Sunday, October 27, 2013

Rezeki lagi....

Hampir waktu Maghrib tadi ada satu kereta datang katanya nak bagi makanan..Masa tu kami sedang menukang reban ayam menggunakan kayu2 yang terbuang yang dihantar lori Cina sejak beberapa hari dah.
Bila tengok apa makanan yang dihantar? Ya Rabbi..ikan keli hampir 50 ekor, ayam goreng berempah pun sama dan masak lemak udang dg kacang panjang. Nasi putih pula panas berasap2...

Ikan keli memang lauk paling diminati budak2 ini...sedang kami sekeluarga tak makan ikan air tawar..ummi tak boleh dekat, bau pun tak boleh...Hari ini mereka makan kentucky pastu pukul 1.30 dapat jemputan makan kenduri diluar....Nasib la hujan lebat petang ini mudah-mudahan perut mereka lapar kembali dan dapat hentam ikan keli tu.....

No comments:

Post a Comment