Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, April 19, 2014

Malam ini  baru nak  test talian yang bermasalah sejak sekian lama...tengah hari tadi teknisyen datang periksa modem dan kabel katanya masalah tiada talian ni bukan pada router tapi pada tiang telekom sebab ada bunyi bising bila dia dail..katanya lagi esok Ahad mungkin Isnin baru boleh suruh rakan sekerjanya bahagian kerosakan luar datang lihat apa sebenarnya punca masalah...Itupun setelah dua kali laporan dibuat, first menerusi 100 tiada apa tindakan dibuat dalam tempoh 24 jam. Kemudian buat laporan lagi di tm point Tasek dipantau perkembangan hanya melalui panggilan. Bila dikatakan tiada perubahan apa2 barulah teknisyen datang.

Apa pun kita cuba lihat.

Hari ni seramai 13 orang pelajar UITM Merbok Kedah datang berkunjung ke asrama kami. Jam 6 setengah petang pula ada majlis tahlil dan jamuan selepas Maghrib anjuran satu keluarga besar yang datang dari Johor sampai Perlis.  Rasanya hampir 20 kereta  yang datang, majlis berlangsung sehingga lepas solat Isyak.

Catatan ini hanya satu percobaan semata...kerana talian amat lemah sekali...lembab kononya kabel dimasuki air hujan.....


No comments:

Post a Comment