Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, May 2, 2011

2/5/2011

Hari ni ramai juga tetamu yang mengunjungi asrama kami..kerana cuti ganti Hari Pekerja semalam agaknya.
Sebelum jam 2:00 pm kami dikunjungi oleh penderma tetap Tuan Rahim dan isteri Pn. Salehah dari Tmn Perpaduan Permai Ulu Kinta yang datang menyumbang sabun serbuk dan limau sunkist sekotak besar. Kebetulan anak2 ini ada undangan di RPA Ulu Kinta untuk sambutan Hari Ibu di RPA Ulu Kinta mereka menawar diri untuk membawa beberapa orang anak2 ni ketempat program...kerana yang nak datang mengambil hanya satu van Rusa dan tak ada kenderaan lain sebab cuti..
Sebaik saja mereka beredar datang pula yang kedua iaitu En. Shaifuddin Shah dari KL yang meminta diadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat arwah adik perempuannya yang baru meninggal akibat kanser dan juga buat arwah ibunya..Beliau ini orang penting Petronas dan bekerja di KLCC..
Selepas itu masuk pula sebuah kereta kalau tak silap ingatan Kembara dengan sepasang suami isteri datang untuk menyumbang beberapa beg beras dan tidak sempat untuk mencatat nama dalam buku pelawat kerana ada hal lain agaknya...
Kemudian kira2 jam 6:00pm datang En. Ahmad Hadzly dan keluarga dari Tm. Perpaduan bertujuan  untuk menyumbang wang.
Akhir sekali jam 6:30pm datang seorang ibu dan anak perempuan untuk menyampaikan masakan kurma kambing aqiqah cucunya dari Rumah Murah, Tambun...

Berbalik kepada persembahan anak2 ni dalam Majlis Hari Ibu hari ini mengikut laporan Kak Izzah dan Kak Iffah yang mengiringi mereka..persembahan nasyid pertama anak2 perempuan lagu Anak Soleh ada yang menangis kira ok ler tapi lagu yang kedua jadi sumbang dan berterabur berbeza dengan latihan di asrama. Persembahan anak2 lelaki berjudul Ibu Mithali memang memukau penonton sehingga diam terkedu..kata pengiring ni....

Hari ni angah balik ke USIM kerana besok ada pekse tapi dari jam 4:00pm pukul 10:30pm baru sampai kerana dari Ipoh sampai Tg Malim sesak...dan dia banyak ikut jalan lama kemudian ambil Lebuhraya Guthri ke S.Alam....





No comments:

Post a Comment