Berbuka hari ini tiada sponsor dari luar, ummi masak sendiri dibantu oleh Iffah menunya ialah sup sotong, udang masak kuning sama kacang panjang dan lobak merah, ikan kembong goreng garing dan budu....Nasi satu periuk habis licin..pakat menambah terutamanya yang lelaki...Air Milo biasanya hanya dua jag malam ini jadi 5 jag...Hari ni kita cuba mulakan konsep gotong royong dalam skop yang luar dari kebiasaan. Walid beli ikan kembong 5 kg dari pasar malam Masjid Tambun yang taukeynya India...tiada khidmat siang ikan macam pasar malam lain..Bila balik, sengaja lontarkan soalan pada budak2 lelaki siapa yang boleh buang perut ikan..Aizat dan tokwan kata kami boleh...walid kata, sekarang ummi sedang masak, jadi kamu pergi buat kerja ini dibilik air belakang...rupanya dua diminta yang datang lima..Meon, Nan dan tokwan, Aizat...dan Jamal..Jamal ditolak sebab dia dah mandi dan siap berpakaian. Hanya setengah jam selesai dikerjakan oleh anak berempat ni dengan bersih...tapi mesti ditunggu dan ditunjuk ajar...beres!!
Malam ni pulak selepas selesai kelas tahfiz mereka jam 9:45pm..walid panggil beberapa orang tolong ummi potong cabai kering untuk diblend dan dimasak dijadikan pes cili...dapat seguni dikerjakan mereka...seguni yang rm50.00 harga borong...ini satu kumpulan, satu kumpulan lagi kerja kupas bawang besar dan bawang puteh.......semua ni budak lelaki yang ringan tulang...cuma kali ni kita nak kuatkuasakan betul2 peraturan iaitu tak mahu mereka yang dikategori rajin ini bebas pula keluar masuk ke dapur..sebab ummi amat tidak selesa sangat2 bila dapurnya jadi tidak terkawal begitu...kecualilah kalau mereka dipanggil...tadipun kita libatkan mereka membantu diluar dapur....

Ni cerita si Hisyam pulak...hari ni tak puasa langsung dan tak segan silu makan didepan kawan2. Sebelum ini dia akan minta makan secara simbolik pukul 12:00pm ke atas kerana faham orang lain berpuasa..kemudian hanya minum dan makan biskut sekeping dua...jer dan ungkapan yang selalu diucapkan "Isam posa.. Isam minum jer"...Dan hanya beberapa hari selepas tu dia boleh puasa terus.. Kemudian minggu depannya dia demam..tapi dalam demam tu pun tak menunjuk bila makan atau minum...Hari ni menurut ummi sejak pagi lagi dah panggil ummi minta nak makan nak minum. Sampai teacher kata hai Hisyam ni ada orang cucuk kut....tadi pun semasa walid balik sekolah dia makan depan orang lain selamba dan walid tegur "....haa?? Hisyam tak posa..dia terus makan buat kering jer"...Inilah hasil bisikan yang dia ulang2: "Cik Lilis kata Isam tak payah Subuh..tak payah posa"..itu ayatnya yang dia ulang berkali2..dan dah jadi pegangannya..Pertembungan Fitrah yang Nabi sebut : Setiap bayi itu dilahirkan diatas FITRAH,,lalu dia diyahudikan ibu bapanya, dinasranikan dan dimajusikan mereka...Kita akan cuba lagi...budak macam ni tak simpan rahsia...
No comments:
Post a Comment