Angah dan kak Iffah balik malam tadi dan sampai di sini sekitar jam 1:00am. Kak Iffah sedang mengikuti short-sem dan angah pulak ada tugas persatuan...bila boring balik.....sekarang mereka balik ke kampung tengok tok yang uzur mewakili walid yang ada program perkampungan ilmu minggu ini disekolah...
Ada angah senang ler sikit sebab dia boleh tolong ambilkan lauk sumbangan setiap Jumaat dari Restoran Bunga Lawang dan boleh bawa walid ke masjid solat Jumaat dan hantarkan budak2 kesekolah agama rakyat KAFA.
Hari ni hari terakhir untuk persiapan menyambut Hari Jururawat esok...Danial selaku ketua umum akan menyampaikan ucapan aluan, Tok wan akan mendeklamasikan sajak dan Udin akan mempersembahkan pantun khas untuk jururawat. Begini pantunnya:
Pantun Hari Jururawat
1- Bulan terang dimalam pekat
Berkilau cahaya didaun kuini
Selamat datang wahai jururawat
Ke tempat kami di Tambun ini
2- Sikat rambut picit jerawat
Pecah berdarah tidak terperi
Selamat menyambut Hari Jururawat
Semoga bertambah semangat berbakti
3- Makan pengat ditengah hari
Malamnya pergi ke Taman Jati
Sucikan niat sucikan hati
Teruslah mara ke medan bakti
4- Pagi Ahad di Kampung Pandan
Ternampak cheti di tepi jalan
Selagi hayat dikandung badan
Taburlah bakti di jalan Tuhan
5- Mendaki bukit pakai seluar
Takut nanti ada yang kejar
Rawatlah pesakit dengan sabar
Di Akhirat nanti pasti diganjar
6- Jiran sebelah namanya Eton
Orang Sabah dari Sandakan
Hanya di sini saya berpantun
Mana yang salah harap maafkan
Tadi dua orang wakil dari Hospital Bahagia datang untuk memaklumkan perkembangan terakhir...luar jangkaan kehadirannya, setakat ini 75 orang mendaftar untuk hadir. Sangkaan mereka sekitar 30 orang jer...tarikan aura anak yatim katanya...
No comments:
Post a Comment