Hari ni hari berpuasa...ada auranya tersendiri yang dapat dilihat menerusi kunjungan tetamu yang berziarah dan perilaku anak2 yang lebih banyak berada di surau dengan membaca Al-Quran atau berehat...
Kelas tahfiz berjalan mengikut jadual selepas Subuh dan jam 3:00pm hingga 5:00pm...Persekolahan biasa juga berjalan dari jam 8:00am hingga 2:00 pm.
Alhamdulillah...Hari ini tetamu yang datang ke asrama ini agak ramai ler jugak.....
Pertama sekali ialah Sdr.Khairul Azhar yang datang jam 2:45 pm untuk menghadiahkan jam waktu solat yang dah lama dibeli dan disimpan dengan niat nak disumbangkan ke rumah anak yatim, katanya. Mulanya beliau bersembang dengan ummi jer..kemudian dia bertanya siapa pengasas asrama ni...ummi pun beritahu dia nama walid dan nak jumpa walid juga...rupanya dia kenal walid sebab dulu dia memang selalu ke sekolah walid mengendalikan kerja2 maintainance...beliau jugak menyumbang wang dan berkira2 untuk menyalurkan zakat perniagaannya ke sini...Ini kali pertama beliau datang ke sini dan katanya panorama di sini menyeronokkan macam tempat pengajiannya dulu di Gunung Pondok Pdg Rengas....Masa nak balik tu walid mempelawanya membawa mak mentuanya datang ke sini..Mak mentuanya tu kerja pembantu makmal di sekolah walid...
Tamu kedua ialah penderma tetap kami Pn. Zuraida Hanum yang datang jam 3:00pm untuk menyumbang wang bulanan seperti selalunya.
Menyusul kemudiannya Datin Zurin sponsor berbuka petang ini yang datang agak awal membawa lauk pauk untuk berbuka....kerana takut hujan katanya...
Selepas itu datang pula Sdr. Manan membawa murtabak bagi pihak Dato Azummu yang lama jugak tak datang....
No comments:
Post a Comment