Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, May 26, 2011

Khamis 26/5/11

Hari ini majlis sambutan Hari Guru di sekolah walid...pelbagai acara diadakan dari acara padang hingga acara dewan...Namun hati teringat pada anak2 yatim yang akan menghadiri majlis di rumah Menteri Besar dari petang ni...dengan pakaian beberapa budak pompuan yang labuh perlu dipotong dan jahit semula...sempat atau tidak..soal bas yang akan membawa mereka ni dapat atau tidak...juga Hari Jururawat yang akan di adakan pada 28 ni perlu dipersiapkan jugak kerana mereka mahukan beberapa persembahan dari anak2 ni...semua ini kena ada latihan...

Alhamdulillah..selesai masalah hari ni..dan budak2 baru sampai tadi lebih kurang jam 10:30pm. Mereka dijemput dengan sebuah bas sekolah yang disediakan penganjur. Petang tadi selepas Zohor seorang pemandu bas telefon memberitahu dia ditugaskan mengambil anak yatim Dar'us-Salam ke rumah MB, dia cadang nak ambil jam 4:00pm..walid kata terlalu awal eloklah selepas dia orang solat Asar jam 5:00pm gitu dan dia pun setuju...

Budak2 ni ditemani kakak Izzah dan Ustaz Faiz guru tahfiz..Kak Izzah balik tersenyum bangga sebab anak2 yatim kita semuanya tertib dan berdisiplin...Baju yang dibeli semalam menceriakan penampilan mereka baik lelaki mau pun pompuan..Kak Izzah kata bila anak2 yatim kita masuk dewan ada suara2 berbisik..comel2nya bebudak ni..dari mane yer...Yang lelaki pun kata ustaz Faiz yang first time bawa, bebudak ni baik2 dan Hisyam pun sedar masalah dirinya yang tak leh kontrol kencing...pandai kencing ditandas ditemani ustaz. Si Hafiz pun yang selalunya bermasalah di majlis orang, malam ni makan tak tambah katanya dan diakui si Udin. Pukul 4:00pm walid suruh dia mandi dan sembahyang hajat minta Allah ubah akhlaknya menjadi baik, tidak gelojoh dan tamak bila melihat hidangan dll...Alhamdulillah nampaknya ada perubahan bila ada kesedaran..sebentar tadi walid tanya sendiri kepadanya yang entah apa mimpinya tiba2 malam ni nak tidur atas wakaf bersama Udin..Semalam dilaporkan dia hampir dilanggar kereta ketika melintas nak ke sekolah agama rakyat..masalahnya kelangkabut..Justeru dia perlu dinasihati selalu...

Malam ni yang paling kembang hati adalah kak Izzah yang jenis SUDIPU (suka dipuji) dan ummi pun gembira ..rasa berbaloi keletihan semalam mencari baju mereka lelaki dan perempuan di merata kedai bila diberitahu mereka antara yang paling beradab malam ni...Setiap orang mereka malam ni dapat RM10.00...

Gambar-gambar di rumah MB
(klik gambar untuk besarkan)




Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket



No comments:

Post a Comment