Hari ini hujan begitu lebat disebelah petang sejak 3:00pm lagi sehingga selepas Asar...Bila walid balik dari sekolah jam 4:30 hujan masih belum reda...mujurnya air sungai dibawah highway tidak melimpah kerana tidak ada batang kayu yang tersangkut pada jambatan...
Pagi ini dua orang ustaz tahfiz kembar tu datang dari rumah mereka pada jam 6.30am untuk tasmik dan mereka belum bersedia untuk tinggal di asrama yang disediakan. Di sebelah petang pula bermula jam 3.00pm hingga selepas Isya'..
Persekolahan pagi tiada masalah berjalan seperti biasa...yang dirungut ummi ialah beberapa orang yang tak buat kerja sekolah....pendekatan mesra dengan anak yatim ni harus difikirkan kerana cara kekerasan bukan penyelesaian...pengalaman kita menerima mereka yang mogok tak mahu belajar semasa awal kedatangan mereka dulu kita selesaikan dengan cara yang paling halus akhirnya mereka sendiri yang sedar banyaknya faedah kalau boleh membaca dan disini perubahan berlaku dan mereka belajar mengeja untuk membaca pelbagai buku cerita yang kita umpan didepan mereka...kita tayangkan movie Indonesia yang menceritakan perjuangan anak2 sekolah miskin yang bersaing untuk menaikkan nama sekolah mereka mengatasi sekolah yang terkenal amat menyentuh hati mereka...
No comments:
Post a Comment