Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, May 6, 2011

Jumaat 6/5/11

Pagi ini ummi mengamuk sakan di asrama perempuan bila didapati ada yang tak bangun sembahyang dan mereka yang turun sembahyang tidak tolong kejutkan kawan2 mereka...dah ngamuk gitu baru ler pakat cerita si A, si B dan si C selalu tak bangun solat Subuh. Jadi mereka didenda turun solat di surau didepan bebudak tahfiz biar malu dan banyak lagiler rahsia2 yang didedahkan ....

Yang ummi geram sebenarnya tentang pakaian yang digunakan mereka setiap hari sampai 5-6 helai setiap orang, punya ler melaram kemudian bila time nak basuh diperosok dalam mesin basuh semahu2nya...sehingga mesin tu tak berhenti langsung sepanjang masa.....bila dah kering dan time nak melipat mereka jadi malas....pakai perosok dalam locker....ini masalah yang ummi geram...tapi dapat rahsia lain yang dikira berat...

Jam 11:00am beberapa orang dari Telekom Jelapang datang meninjau asrama ini dan meminta izin untuk mengambil gambar nak dibawa dalam perbincangan nanti.

Pada jam 12:30pm Pn. Juriah datang menyumbang buah epal dan makanan ringan...penderma tetap kami...

Restoran Bunga Lawang setiap minggu hari Jumaat akan menyumbang lauk pauk untuk sajian tengahari di asrama ini....menu hari ini ialah ayam masak cili padi dan sayur bayam serta buah tembikai...

Jam 5.45pm datang pula satu keluarga untuk menyumbang wang kepada asrama ini sambil mencari adik beradik rupanya mereka ini berasal dari Sg. Bakau Nibong Tebal dari lubuk sanak saudara walid cumanya oleh kerana golongan muda, tak dapat nak bersureh panjang2....yang bawa mereka adalah anak lelaki mereka yang bekerja di SPRM (BPR) yang pernah datang ke asrama ini semasa program BPR 2009 dulu...semasa berbual2 dulu dia menceritakan berasal dari Sg Bakau jadi walid tanyalah anak siapa dan katakan ramai sanak saudara di sana....

Jam 6:30pm datang Sdr Aziz dari Kg Tersusun Bt 5 menghantar nasi biryani untuk makan malam dalam kuantiti yang agak banyak kerana hajatnya untuk anak2 yatim ini makan dua kali tengahari dan malam...tapi oleh kerana berebut dengan orang lain yang juga nak menyumbang makanan.....

MELUR 21

Malam ini Danial mempengerusikan Melur ke 21 bermula dari jam 9:00pm. Menurut ummi Danial berjaya mengurus majlis dengan baik dan tersusun...

No comments:

Post a Comment