Pagi ini angah balik ke Usim membawa kak Iffah yang ada short sem...tapi angah balik semula ke Ipoh kerana walid ada mesyuarat di KL besok...jadi tugasnya adalah untuk menghantar dan mengambil kakak Izzah ke sekolah...
Peperiksaan diteruskan juga hari ini tanpa cuti Thaipusam...teacher tak datang hari ni di sebabkan ke Melaka kerana bapa mentuanya meninggal dunia...tapi adiknya ustazah Zaharah datang menumpang Rusa En. Zamri.
Sekolah walid cuti hari ini jadi bolehlah tolong carikan roti canai untuk makanan rehat dan pergi fotostat soalan2 kerana ummi kurang sihat..tangan kanannya sakit terutamanya perut ibu jari yang terasa cekang dan panas bagaikan terkena api..disamping kebas. Namun untuk tengahari dan petang ummi tetap masak juga.. tengahari lauknya sambal tumis udang..habis licin dihentam budak2 ni...dan petang pula masak merah telur dan sayur...
Hari ini hujan memanjang dari jam 2:30 sampailah ke malam hari...Angah sampai balik lebih kurang jam 5:00 pm dalam hujan sedang lebat masa tu. Tamu yang datang ada sepasang suami isteri yang datang dah lewat jam 6:00 petang untuk mejemput anak2 ini ke rumah mereka di Tmn. Saga Emas katanya ..masa tu walid baru sampai dari luar...Tengok2 Hisyam dan abangnya Hafizan sedang mengelap kereta angah panjat kerusi..walid tanya ummi sapa yang suruh? Ummi kata entah..sehingga tetamu yang datang pun nak tergelak tengok gelagat mereka..tapi dari gayanya macam dia orang ni biasalah...dua2 beradik sama naik jer...Patutlah Hisyam ada minta nak basuh kereta angah...sebelum ni..Yang nak tergelak tu mereka berdua jer yang buat kerja tu sementara yang lain jadi pemerhati...walhal angah keletihan.. balik2 jer terus tidur...Yang menarik tu gaya mereka tu...kudrat bukan ada pun..hanya mengelap air hujan jer..tapi kerajinan dan ringan tulang tu ada...
Malam selepas Maghrib kelas Quran dibimbing oleh tiga ustaz tahfiz tu....
No comments:
Post a Comment