Semalam tak sempat nak catat apa2 kerana tak terasa masa terlalu pantas berlalu...sedar2 dah jam 12.00am..Cerita semalam kita telah kumpulkan semua pelajar lelaki dan terus terang ceritakan kepada mereka apa tujuan asrama dibuka dan kenapa kita mengambil risiko menerima mereka tinggal dan belajar yang sebahagian besarnya dah empat tahun berada di asrama ni ..sedangkan ada antara mereka yang nak dihantar balik ke kampung asal sewaktu mereka di asrama sebelum ini...Kenapa kita KUTIP mereka, selesaikan masalah mereka dan apa hasrat kita dan apa yang kita harapkan dari mereka..Nampak macam ungkitkan? Tapi bagi yang bergelumang hidup dengan anak2 yatim ni pasti tahu bahawa mereka tidak boleh memahami bahasa kiasan atau indirect...kekadang kena guna bahasa terjah jer..Semalam kita mendapat tahu ada hidden rule diwujudkan tanpa pengetahuan kita.. semacam ada galakan supaya peraturan yang sedia ada diketepikan atau tidak dihormati..Yang dizahirkan lain dan dalam gelap ada aktiviti lain...Jadi kita berterus terang kepada mereka bahawa sesiapa yang nak keluar dari asrama ini silakan dan angkat tangan sebab kita akan hantar mereka balik..bukan gertak tapi serius. Apa tujuan dan hasrat kita wujudkan kelas khas tahfiz?? Kenapa kita tidak gunakan TV sebaliknya digantikan dengan tayangan2 yang berfaedah yang ada kesedaran dan pengajaran tauladan...Nak meruntuh memang cukup senang....
Tiada sorang pun yang angkat tangan nak dihantar balik...Kamu makan dan minum dari dapur yang sama, periuk yang sama, cerek yang sama, makan lima kali setiap hari, tidur di asrama yang sama, peraturan yang sama, tiada satu sen pun dikenakan, pakaian dari atas kepala sampai ke kasut disediakan...dan macam2 lagi diterjah....untuk menginsafkan anak2 yang ditolak keluarga sendiri ni...
Akhirnya persetujuan dicapai, satu rombakan ajk dibuat bagi memastikan semua berpartisipasi bekerja untuk mengharumkan Dar'us-salam dengan semangat ukhuwwah dan tidak ada sesiapa boleh bertindak sesuka hati tanpa pengetahuan walid dan ummi..
Berenti kejap utk pergi membeli baju melayu dan baju kurung untuk anak2 ni yang diundang ke rumah MB petang esok.....
Oleh kerana program ni diberitahu secara mengejut maka terpaksa bergegas juga mencari baju baru untuk anak2 ni lelaki dan perempuan. Pergi nak beli di Gene Martino..tutup pulak terpaksa pergi Ipoh..dari satu kedai ke satu kedai lain..masalah warna pun satu hal juga..akhirnya setelah berjam2 menyelongkar timbunan pakaian dalam setor yang baru sampai dari Kelantar dapatlah baju lelaki berwarna coklat kekuningan untuk 17 orang berharga hampir RM800.00. Lepas solat Maghrib keluar lagi mencari pakaian bebudak pompuan pulak..dapat jubah hitam dan tudung yang sama warna dengan warna baju lelaki...RM600.00 pulak untuk pakaian depa...
Sepulang dari kedai pakaian tadi anak2 yang masih belum tidur diminta mencuba pakaian tersebut muat atau tidak dan mana yang panjang boleh dihantar esok untuk dipendekkan...yang pompuan jer perlu dipotong dua tiga orang..yang lelaki rasanya ok jer...
Timbul persoalan si Hisyam yang kencing kerap ni macam mana nak duduk dalam majlis rasmi selama 4-5 jam..?

No comments:
Post a Comment