Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, May 3, 2011

Selasa 3/5/11

Kembar dua beradik Us. Nizam dan Us. Saiful memulakan tugas mereka hari ini sebagai guru pembimbing kelas tahfiz yang melibatkan 7 orang tu bagi menggantikan kawan mereka Us. Fitri..mereka berdua datang selepas Asar dan mengikuti majlis perbincangan hingga hampir Maghrib. Selepas solat Maghrib mulalah mereka menjalankan tugas mengikut jadual yang telah disusun untuk mereka...

Kakak Izzah pula pagi ni mula lapor diri di sekolah walid Sek Raja Perempuan Taayah untuk program ROS selama sebulan...pagi ini ikut walid dalam kelas mana walid mengajar kerana tak dapat jumpa pengetua yang sibuk mesyuarat. Jam 12 lebih baru dapat berjumpa pengetua di pejabatnya.

Nan pula hari ini mengalami kejutan apabila menerima berita kematian adiknya pagi ini. Walid telah dihubungi orang yang memperkenalkan diri sebagai sepupu Nan semasa di sekolah hari ni untuk meminta Nan bersiap kerana mereka nak datang mengambilnya.Walid hubungi ummi untuk beritahu hal ini. Kata ummi sebaik saja Nan diberitahu kematian adiknya...meraung dia dan bergulingan di asrama kerana kesedihan yang amat sangat. Adiknya yang meninggal itu namanya Hairi mengalami gangguan hormon...umur muda tapi wajah dan suaranya bagai orang dewasa..memang bertahan dengan rawatan doktor....

Tamu asrama hari ni kawan lama walid saudara Azlan dan keluarganya datang buat kali pertama ke asrama ni lebih kurang pukul 6 menyampaikan sumbangan,lepas maghrib pula Sdr Ali dari Syarikat Pelita Alam yang datang untuk membayar zakat kepada asrama ini.....

1 comment:

  1. salam ziarah

    takziah untuk adik Nan.

    AL-FATIHAH

    ReplyDelete