Anak2 yatim hari ini periksa Matematik dan Sains...besok mata pelajaran Fikah, Tauhid dan Akhlak...Periksa hari ni berjalan agak lancar dan lebih baik dari semalam kerana mereka dah mula tahu apa itu periksa..Kena duduk diam2 tunggu soalan diberikan dan menjawab dengan senyap...Hari pertama macam tongkang pecah..riuh rendah jadinya..Hisyam pun dah pandai duduk dikerusinya menanti soalan diberikan sambil membuat isyarat diam kepada orang lain...yang kelakarnya habis menjawab minta lagi kertas soalan lain nak buat lagi...Yang lain2 kira ok ler...jam 12pm dah selesai...
Hari ni tetamu yang datang ada beberapa orang pertamanya Hj Alias dan isteri yang nak pastikan bila tarikh yang sesuai nak pergi ke Kelantan dengan angah...dia sendiri nak pergi umrah di hujung bulan ni membawa 30 orang dengan Syarikat Tiram...
Selepas itu datang dua orang dari Giant yang membawa dua kotak besar air kelapa dalam tin keluaran syarikat Singapura untuk disumbangkan ke asrama ini...
Kemudian datang pula Pn Hjh Solehah dari Jabatan Mineral dan Geo Sains Ipoh membawa seorang kawannya yang belum pernah datang. Mereka membawa baju terpakai yang masih cantik untuk disumbangkan kepada anak2 ni..Disamping itu meminta satu tarikh untuk menyambut Hari Ibu di jabatan mereka.
Selepas itu ada 3 orang perempuan yang datang untuk menjemput anak2 ini ke majlis perkahwinan adik perempuan mereka...setelah pergi merata rumah anak yatim tapi semuanya ada program...
Selang tak lama selepas itu datang pula suami isteri dari Tm Mewah, juga untuk menjemput anak2 yatim ke majlis perkahwinan anak mereka..tapi tarikhnya berbetulan dengan cuti, jadi hanya budak2 tahfiz saja yang ada....tak per lah tu kata mereka.. Dari badak biar kuda, dari tak dak biar ler ada...
Dan yang terakhir ialah Pn. Hanum, penderma tetap yang datang menyumbang wang...Disamping itu ada Pn Jannah yang telefon ummi nak beritahu sejumlah wang akan dibank in ke akaun asrama anak yatim ni...untuk pembinaan surau....
No comments:
Post a Comment