Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, May 27, 2013

Malam ni tinggal enam orang jer di asrama puteri......

Terkedu seketika walid dan ummi petang ini bila walid terlihat dalam henset ada misscall dari sahabat karib kami yang terlantar dihospital yang sempat kami ziarah pada Khamis baru ini..bila walid semak henset ummi ada 5 miskol dan satu sms....bila baca sms itu macam tak boleh bernafas...Rosli dh kembali pd kul 12.30 thari smlm .kbumi 6.30 ptg....sms dari isterinya Ustzh Azizah Ahmad.

Suami isteri ini amat rapat dengan kami...suaminya mengidap kanser hati...sebelum walid buat bypass di IJN mereka sentiasa datang ziarah dan masa tu Rosli masih sihat dan boleh buat capati dan roti canai tanpa minyak nak bagi walid makan...bila walid keluar IJN dia kena kencing manis yang kuat sehingga jari kaki kena potong....Sejak dari itu beliau dimasukkan ke pusat rawatan singseh Kepala Batas namun bila keluar dari situ kami ziarah keadaan kesihatan agak lembab...kemudian yang terbaru doktor dapat kesan kanser hati pula...Semoga Allah cucuri rahmat atas rohnya....meninggal dalam muka berseri bercahaya dengan penuh reda...kata isterinya.

Kami tidak sedar dengan panggilan tefon dan sms semalam kerana sibuk dengan cucu yang kuning dan disamping kunjungan tetamu yang tak putus2..Henset letak bawal bantal konon tak mau cucu terkejut...Pukul 8 pagi ni pergi hantar dua orang anak ni untuk tusyen disekolah depa....pukul 4 baru teringat ke henset....

Pelajar lelaki tujuh orang yang belajar di maahad tahfiz pergi duduk diasrama Tahfiz sana kerana depa ada periksa..Jadi yang tinggal hanyalah budak perempuan 6 orang dan esok sorang lagi akan pulang dari Sek Idrisiah, K.Kangsar.

No comments:

Post a Comment