Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, June 6, 2013

Cerita Semalam..

Semalam walid tak mampu nak coret apa2 kerana bertarung dengan gout yang masuk hari kedua...ingatkan hari ini ok, rupanya dia short kaki kiri pulak,,,redho jer lah...Semalam Ah Hoo datang untuk pasang grill pada bilik air dan pasang semula awning yang dibuka bila buat renovate sikit utk dapur dan bilik walid...tapi bagai dikatakan sepanjang dia buat kerja, drill sana ketuk sini walid hanya duduk berselimut demam menggigil..telinga buat pekak jer lah...nak buat lagu mana..

Lepas kerja Ah Hoo siap datang Datin Zahurin yang baru balik dari Turki lawatan tahunan keluarga, dia datang nak bagi oleh2 kat ummi dari Turki, tudung turki dan jajan,,,tengok2 anak yatim tak ada hanya tinggal Halimah sorang...Ini pun walid dok nampak Halimah tolong ummi bagi makan angsa dan itik serati..Nak balik tak ada tempat nak bawa diri..jadi duduklah sebilik dg kak Iffah...Kak Iffah pun dah balik USIM semalam Rabu, nak periksa minggu depan..konon balik study week nak baca buku...sebenarnya rindu kat Naseh jadi khadam Naseh salin lampin dan basyuh beyak...no problem janji boleh balik rumah...sayang tak terkira kat Naseh sejak dalam perut lagi Naseh bagi respon sangat2 kat acu dia... baru 18 hari gitu boleh buat apa acu suruh...mana tak geram..

No comments:

Post a Comment