Monday, June 3, 2013

Ustazah Mariam datang dari Jempol

 Lebih kurang jam 3 ptg masa tu walid dok tengah berehat dikatil kerana serangan gout secara tiba2 hingga bengkak terik tak boleh berjalan...agaknya terkena badi pakcik Bidi yang datang kelmarin baru baik dari gout..mungkin berpunca dari makan nasi goreng yang perencahnya ikan bilis....

bengkak
Tiba2 ada sebuah kereta masuk, ummi yang sedang melayan Naseh suruh angah pergi tengok siapa yang datang..angah ni cekap mata, dia kata macam kereta ustazah Mariam...Tepat sungguh tekaan dia..memang betul....Ustazah Mariam Naam yang dah 5 tahun menetap di Jempol N9 tiba2 muncul bersama dua orang temannya dari sana....Mereka datang naik bas dijemput oleh anak lelakinya Shukri terus singgah kesini kerana memang lama sudah dia teringat nak jenguk tempat ini...

Dulunya ustazah inilah yang membuka kelas fardu ain di bangunan bekas kilang batik ni dan masa tu kawasan keliling kilang ni adalah belukar tebal dipenuhi pokok2 kekabu, buluh, rambutan dan durian tumbuh liar disamping hutan pokok pisang pokok paku, ubi kayu, pandan dan keladi giant banyak ular...Jadi dia memanfaatkan bahagian bawah kilang utk kelas pengajian...

ustzh mariam ditengah





halimah menempek skali...




Selepas tuan tanah meninggal diwasiatkan kepada ibunya supaya cari orang yang boleh tukarkan kilang usang ini kepada projek kebajikan...masa itulah ustazah Mariam yg baru pencen guru agama tentera jumpa walid meminta walid terima pelawaan ini..Bila melihatkan kondisi bangunan kayu dua tingkat ini masih cantik kerana kayunya berkualiti betul..masih tak dimakan anai2 maka kita pun bertawakkal untuk tukar wajah kilang kepada sekolah......tahun 2000 masa tu...




No comments:

Post a Comment