Thursday, July 25, 2013

Pakcak kembali kerahmatullah petang ni...

Petang ini sewaktu angah dalam perjalanan pulang dari satu majlis sumbangan Amanah Ikhtiar di Sg Siput dan ummi dengan kak Iffah pergi menghantar Imah dan Nurin kemajlis berbuka disekolah SRATI dan mengambil juadah berbuka di Restoran Bunga Lawang..Ummi telefon walid bertanya adakah angah beritahu apa2 berita kat walid..tak ada kata walid, terus walid dengar suara tangisan ummi memberitahu bang Mail dah tiada.....baru tadi Hannah (anak almarhum) beritahu angah...

Tn. Hj Ismail Mokhtar dikenali dengan panggilan pakcak dikalangan anak2 sedara dan juga anak2 yatim ni..Dulu bila datang keasrama ini akan usap kepala anak2 ni dan menghembus doa dikepala mereka...Kesihatan almarhum merosot sejak 3 bulan kebelakangan ini dan badannya menjadi kurus mengejut...rupanya disyakki diserang kanser paru2...Almarhum menghembus nafas terakhirnya pada usia 67 tahun dirumahnya di Puncak Meru pada jam 5.15ptg dihadapan makcak isterinya dan anak mereka Hannah...

No comments:

Post a Comment