Thursday, August 1, 2013

Kunjungan Dato' Azizan 69 Komando. PA sistem baru dari Produa DMM

Jam 9 pg hari ini beberapa anggota polis beruniform telah datang keasrama membuatkan anak2 yg sedang belajar di kelas menjadi cuak dan senyap maklumlah terperanjat melihat kedatangan polis lengkap beruniform dengan jumlah yang ramai. Rupanya mereka datang awal untuk memberitahu bos mereka Dato' Azizan  Pemerintah 69 Komando akan datang sebentar lagi untuk menyampaikan sumbangan dari pegawai dan anggota 69 Komando juga dari Badan Hal-Ehwal Agama Islam 69 Komando....Alhamdulillah......







Dalam pada itu kami juga telah menerimat PA Sistem baru yang canggih sumbangan dari wakil Produa DMM yang datang sekitar jam 6.15 ptg. Selain itu Produa DMM juga menyumbang 2 mesin basuh dan juga sumbangan wang...Alhamdulillah syukur dan terima kasih diucapkan kepada En. Idris dan krew Produa DMM.







No comments:

Post a Comment