Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, August 17, 2013

Seramai 15 orang dah balik ke asrama setakat ini......

Sehingga malam ini, yang dikenal pasti dah sampai ke asrama adalah 15 orang...Amirul, Jamal, Udin, Amin, Faiz, Akram, Hafiz dan Abon. Sementara yang perempuan pula Ati, Halimah, Nurin, Zanti, Syafikah, Fatihah dan Atikah..

Sebaik sampai saja dah ada orang hello nak jemput yang lelaki tahfiz untuk majlis doa selamat dirumahnya di Rapat Setia..tak kisah katanya berapa yang ada yang penting dari asrama anak yatim, maka kita benarkan pergi lima orang sahaja..

Kak Izzah dan suaminya bertolak ke Johor sekitar jam 5 ptg untuk kerumah mereka di Pasir Gudang..Naseh tinggal dengan kami dan nampak biasa saja semasa berpisah tadi tapi semasa Maghrib tadi tiba2 buat hal teroyak semahu2nya macam air menggelegak gayanya non stop, perut tak kembung sangat, pampers kencing dah ditukar, sapu minyak telon kat perut, bagi susu tak nak asyik teroyak bila azan ditelinga dia diam sekejap tapi kemudian teroyak lagi macam ada gangguan..akhir sekali buat rukyah dan asmaul husna pada air zam-zam...masa tu mama dan babanya dah sampai diNilai berenti solat...Baru sekarang ini 9.50 dia ok sebab dah letih dan mengantuk.....


No comments:

Post a Comment