Tuesday, October 18, 2011

Hari ini belajar seperti biasa, bermula dengan solat Dhuha dan ma'thurat seterusnya masuk kelas dan sebelah petang kelas Tahfiz disambung semula seperti biasa jam 3:00ptg.

Petang ini jam 3 lebih kurang selepas Us Amin datang hujan turun di sini agak lebat juga...hingga air bertakung di laman.. 5 ptg kata ummi Pn Nor seorang pesara hospital datang menghantar bubur kacang dan berbuku2 roti Gardenia dan  terpikat dia dengan budak petah Hisyam dan minta Hisyam selawat dan lain2 lagi...si budak itupun buatlah bagai diminta...kata ummi lagi nampak berat jer nak balik seronok dengan keletah anak2 disini...

Pada sebelah petangnya jam 5:30ptg pula beberapa orang guru pelatih yang pernah mengajar tusyen untuk Sarah dan Basirah datang mengadakan perbincangan disini..bincang aktiviti mereka...

Jam 6:30ptg walid sengaja pelawa Hisyam dan abangnya Hafizan naik Merc kerana nak panaskan enjin..seronok ler dia pok pek pok pek bercakap...sambil tu walid nak tengok kedai dobi di pekan Tambun ini buka atau tutup...rupanya masih buka dan walid singgah situ tinggalkan dua beradik ini dikedai tu sementara walid balik ambil 7 bungkusan toto untuk dicuci...Ketika dalam kereta nak balik, Hisyam kata seronok...mak cik tu suruh kami main basikal dalam kedai tu dengan anak die...main senapang lagi...bila dah nak sampai asrama kata dia..aih dah sampai kejap nye, masa pegi tadi lama kan..oh tayar kete ini pusing cepat kut...sebab tu sampai cepat...nak bodek sama la tuh..

No comments:

Post a Comment