Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, October 5, 2011

Kami terima kunjungan 11:40 pagi ini dari tiga orang pegawai mewakili Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Perak yang datang menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dapur, biskut dan makanan kering.

Hakim dan Atirah yang mengambil peperiksaan UPKK masuk hari yang ketiga hari ini dan peperiksaan mereka petang ini bermula jam 3:00 hingga 6:00ptg. Besok merupakan hari terakhir peperiksaan tersebut buat mereka dan murid2 Sek KAFA...

Sewaktu keluar menghantar dua calon ini kami berselisih dengan sebuah kereta Kelisa yang dipandu dengan cermat oleh seorang wanita yang kelihatan mencari-cari...sah telahan kami kerana sebaik kami sampai balik ke asrama kereta tersebut sedang muncul nak keluar dari gate dan bila melihat kereta kami dia undur masuk semula...siapa? Seorang guru tinggal di Tm. Desa Tambun dan baru pertama kali berkunjung disini setelah mengetahui ada asrama anak yatim di sini....Sebelum ini anaknya pernah mengikuti program bersama sek men yang diadakan di asrama ini...

Baru beberapa suap nak makan tengahari datang van BSN dengan Pn. Anis dan En. Razif  untuk minta ummi tandatangani satu surat permohonan dari pengelola asrama kepada bank...Semasa ini sampai pula bakal haji yang akan berlepas 11.10 minggu depan En. Ismail dan isteri Pn Asma, mereka antara penderma tetap asrama ini..mohon dibaca Yasin untuk keselamatan pergi dan balik dan mohon amalan haji mereka berjalan lancar dan diterima sebagai Hajjan Mabrura...Aminnn..Ya Rabbal 'Alamin...

Sebaik saja mereka beredar masuk pula van Inflow menghantar kueh sajian petang....


No comments:

Post a Comment