Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, October 13, 2011

Sejak hari Sabtu lalu hinggalah petang ini setelah masuk hari ke 5 baru ada line telefon rumah dan tm.net...puncanya? Kabel kat mana entah dikatakan telah dicuri  oleh makhluk DOKTAKTAU (doktor tak ada tauliah) yang memang berkeliaran seminggu dua ni...stop kejap waktu berbuka dah masuk..

Yang peliknya bila jadi begini kita sebagai pengguna yang menghadapi kesulitan besar, tak punya ruang nak salurkan masalah...daillah bertubi2 100 pagi atau petang hatta malam dan tengah malam pun jawapan yang diputarkan ialah "maaf..semua pegawai2 kami sedang sibuk" "maaf..semua pegawai kami masih lagi sibuk"..berhari2 itulah yang diputarkan. Cuma walid ada seorang kenalan yang promote talian Tm.net dulu maka walid hubungi dia minta bantuan nak salurkan aduan...Sdr Aminuddin ni lah yang tolong buat aduan dan baru dapat panggilan dari Tm KL memaklumkan teknisyen dah kenal pasti masalah yang dihadapi iaitu kabel telah dicuri.....Begitulah ceritanya....lucu juga bila teringat persamaan antara jawapan mesin ni dengan seorang posmen pernah menghantar surat ke suatu alamat rumah...kemudian beberapa hari surat tu diredirect dengan catatan penerima telah meninggal dunia...kemudian entah dimana silapnya surat itu dihantar lagi..dan sekali lagi dipulangkan tapi dengan catatan "maaf penerima masih meninggal dunia......"

Hari Khamis hari puasa..ada dua orang yang sponsor berbuka petang ni seorang sponsor bihun goreng dan seorang lagi sponsor mi goreng pula...macam berpakat pulak...

Tengahari ini semasa walid masih di sekolah jam 2.40 ummi telefon beritahu ada orang dari Rapat Setia datang nak buat gotong royong hari Ahad nanti....jadi apa yang dia orang patut buat...walid beritahu ummi yang walid memang dah nak balik dan suruh dia orang tunggu sekejap..Rupanya ada seorang itu pernah ikuti pengajian walid di Taman Perpaduan namanya Rashid sekarang ini kontraktor berjaya dengan merc..datang dengan 3 bersaudara yang menjalankan perniagaan burger dekat Rapat Setia Baru...ada hubungan dengan satu kelab bikers di Ipoh ni....dan mereka nak buat kerja amal...Terimakasih walid dahulukan dan antara kerja yang dia orang boleh lakukan ialah bersihkan kawasan luar dibawah lebuh raya untuk dijadikan padang anak2 yatim ni bermain...bila ditanya peralatan ada tak? Mereka kata mereka ada belaka dan Ahad 23 ni mereka akan datang dan semua tanggung beres...ustaz tak payah susah2...Alhamdulillah...bila walid beritahu kepada En Rashid masalah nak tambak kawasan rendah luar pagar kalau ada sesiapa kontraktor nak buang apa2 bahan...tolong beritahu...Tak apa katanya in sya Allah dia akan cari kawan2 kontraktornya..

Do not despair the mercy of Allaah

No comments:

Post a Comment