Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, December 10, 2013

Besok budak lelaki akan diajar menunggang KUDA

Hari ini kami dikunjungi oleh dua orang dari Iskandar Polo Kelab yang pertama kali datang ke asrama ini. Tujuannya untuk menawarkan secara percuma belajar menunggang kuda. Yang datang adalah Adi berasal dari Sarawak dan Malek berasal dari Johor, mereka berdua adalah jurulateh dikelab itu. Si Adi telah keluar merantau ke Semenanjung sejak berusia 16 tahun dan melalui liku2 kehidupan yang susah dan mencabar justeru bila beliau melihat anak2 ini terkenang kehidupan silamnya dan ingin memberi peluang mereka menceburi satu bidang yang agak terselindung. Maka besok in sha Allah akan bermula pengalaman baru kepada anak2 ini....Nabi bersabda: Ajarlah anak2 kamu berenang, memanah dan menunggang kuda. Walid sendiri memang berminat bila ada kesempatan menunggang kuda di Kelab Chinta Sayang Sg Petani dan semasa di Yaman.

No comments:

Post a Comment