Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, February 16, 2013

Walid teringat berita radio IKIM semalam yg menyebut revolusi di Syria sudah memakan korban 70 ribu nyawa dan betapa ramailah anak2 menjadi yatim disana..ekoran tentera kerajaan menggempur kampung2 dengan serangan udara dan darat. Kejam betul rejim Bashar ini..demi kekuasaan hilang segala pertimbangan kemanusiaan. Yang walid ingat sewaktu berada di Yaman dulu bahawa anak2 yatim Palestian di Gaza punya  badan2 dibawah Hamas yg mengurus mereka dg baik. Badan2 ini mencari sponsor utk menyara anak2 yatim ini dan mengurus pentarbiahan mereka dengan pelajaran dan membina mereka menjadi huffaz setelah itu diberi latihan ketenteraan untuk melahirkan tentera yg hafal Al-Quran macam tentera Rasulullah bagi menghadapi tentera yahudi israel....Sebab itu Hamas memberi perhatian terhadap anak2 yatim syuhada mereka...dan tidak membenarkan anak2 ini dibawa keluar dari bumi Palestin...Lagu mana anak2 yatim di Syria tak tau la pulak...
Anak2 yatim kita pula, tahun ini kita ikhtiarkan menghantar lapan orang ke maahad tahfiz berdekatan utk lahirkan para huffaz..sebelum ini pernah dicuba tapi tak kesampaian kerana kita tidak dapat guru tahfiz yg sepenuh masa...walaupun anak2 kami ni ada yg dapat hafaz hampir tiga juzuk...diharap pendekatan tahun ini dapat mencapai sasaran...Kita tentunya tak dapat buat macam projek HAMAS tu...masuk ISA ler jawapnya. Pelajar berjihad di Afghanistan pun dikira salah dan ditangkap sepulang ke tanahair sendiri..sepatutnya diberi sanjungan dan pujian kerana sumbangan mereka menggadai nyawa mempertahankan bumi Islam....ini tidak, menjadi buruan laksana penjenayah...Kalau jadi penyanyi diluar negeri tambah pula di negara barat,,,,terus dapat gelaran dato..disanjung kerana mengharumkan nama negara...aduhai.....  

No comments:

Post a Comment