Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Wednesday, February 27, 2013

Cerita hari ini Selasa

Sejak jam 5 pg hari ini Selasa, ada sekumpulan pelajar UITM dari Seri Iskandar terdiri dari 5 orang krew datang untuk membuat penggambaran perjalanan hidup anak2 yatim ini...dalam projek dokumentari mereka untuk tahun akhir..mereka merakam habis aktiviti anak2 ni sampai ikut 8 orang anak yatim ini ke maahad tahfiz tempat mereka belajar...katanya mereka akan datang lagi hari Khamis untuk merakam anak2 ini bersahur puasa sunnat khamis....mereka balik selepas solat Maghrib, selesai merakam anak2 ini berjemaah.

Petang ni angah ke Putera Jaya menghantar kak Izzah yg akan ditemu duga esok Rabu...Sebelum mereka pergi paklang dan maklang singgah makan tengah hari disini dalam perjalanan balik dari Melaka ke rumah depa di Sg Petani...

Malam ni kawan angah semasa STAM di SMA Raja Nazrin Shah di Kg Gajah dulu, Us.Saleh namanya mula membimbing anak2 tahfiz kami...dianya baru tamat belajar di Universiti Al-Azhar..dan berpindah ke Ipoh kerana ayahnya kena menjalani haemodialisis setiap minggu di Ipoh Specialist Hospital...

No comments:

Post a Comment