Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, February 9, 2013

Ijtima' Ulama' Malaysia dan Thailand

Gambar-gambar sekitar ijtima' ulama' di Pondok Hj Yahya Teluk

Walid, angah dan pak lang telah menghadiri Ijtimak ini yang diadakan di Pondok Hj Yahya Kg Teluk. Kami sampai disana sekitar jam 11pg dan sempat mengikuti pengajian kitab turath yang disampai dan dihuraikan oleh Tok Guru Hj Abdul Karim (Baba Karim) dari Pondok Dala Pattani dan berhenti rehat sebelum waktu Zohor. Selepas Solat Zohor  sekitar 2.30ptg majlis pengajian disambung pula oleh Baba Mat Pondok Kedi Pattani...Berdasarkan pemerhatian kami waktu itu majlis Ijtimak ini kurang mendapat sambutan kerana jumlah yang hadir tidak memberangsangkan..
Pada malamnya kami datang lagi untuk melihat majlis penutup dan kami sampai waktu Isyak...baru terkedu melihat kereta berpusu2 masuk kesitu dan ribuan manusia datang. Terdapat hampir 60 Tok Guru yang dijemput naik kepentas dari pondok Malaysia dan Pattani. Majlis diserikan dg bacaan Al-Quran dg suara yg amat merdu disampaikan oleh salah seorang Tok Guru dari Pattani...mengalahkan qari musabaqah selepas itu majlis marhaban dan selawat diikuti ucapan silih berganti dari Tok Guru dari Malaysia dan Pattani dan dirasmi penutupnya oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Ustaz Badaruddin Hj Ahmad.

baba karim pondok dala sdg berkuliah







berpelukan dg baba Mat pondok Kedi








No comments:

Post a Comment