Hisyam, Hafizan dan Hakimi tiada di asrama ketika ini kerana di ambil ibu angkat mereka semalam kerana ada seorang atuk yang sedang terlantar di rumah sakit teringin sangat nak lihat mereka...kata kak Izzah dan kak Iffah malam tadi, cerita yang disampaikan oleh ibu angkat mereka. Tiga beradik dan bebudak lain sedang makan satay masa tu...
Hisyam, Hafizan and Hakimi are not in the orphanage at the moment due to their foster mom took them yesterday night because there was grandpa "atuk" who was lying in the hospital so longed to see them...said sister Izzah and sister Iffah last night, the story narrated by ibu Yati their adoptive mother. Three siblings and the other kids really just having the satays and chapaties at that time....
Menurut kak Izzah ketiadaan ketiga saudara ni menjejaskan juga suasana p&p menjadikan kelas tak ceria kerana yang lain kurang respon dan tak ada persaingan...si Muhammad Indon tu kut yang baik responnya...
Hari ini cuma ada orang datang untuk menetapkan tarikh menjemput anak2 ni ke majlis kenduri di rumahnya pada minggu depan...selain dari itu ummi tak ingat....Aktiviti angah menghantar dan mengambil Sarah n Bashirah untuk ujian percubaan UPSR untuk hari yang kedua....petang ni pun mereka didatangi guru tusyen untuk membuat latihan untuk mereka....
Petang ni angah bawa ummi ke pasar malam Rabu, Rapat Setia Baru untuk membeli ikan dan sayuran dan untuk bebudak punya makan petang dibeli roti sandwic ayam dan daging...Dalam suasana hujan petang ni peniaga berkenaan agak terkejut bila ummi order 30 bungkus sekaligus...macam tak percaya rezeki datang bergolek sederap....berniaga bila hujan turun biasanya tunggu nak bungkus ler...
Malam ni lepas solat Maghrib mereka makan berlaukkan ikan goreng dan sayur serta sambal belacan...itu pun laju tambah pula suasana hujan....
Tempahan untuk moreh Ramadhan pula hanya tinggal lagi 2 hari cuma...
No comments:
Post a Comment