Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Saturday, July 23, 2011

23/7/11

Jam sudah 9:15 am, mak cik Yong baru sampai untuk menghantar nasi lemak, hari ini tak sekolah jadi mereka berkerumun dekat ruang legar makan jer..agaknya nak masuk Ramadhan ni anak2 ni jadi lapar cepat...

Pak lang Nordin datang bersama tiga orang tukang dari Sg. Petani dua orang dan seorang lagi Indon di ambilnya di Sg. Bakap yang bekerja di ladang sawit depa. Tapi tak sempat siap juga nampaknya kerana kayu tak cukup dan papan lantai juga kena beli lain katanya. Depa balik dah jam 7 lebih berselisih dengan walid di tengah jalan.

Anak2 hari ini mendapat banyak undangan kenduri sampai tiga buah rumah ditokok lagi dengan orang bawa makanan dalam polisterin datang dari dua orang yang berbeza, ada yang berisi bihun goreng, popiah, nasi berlauk dan ada yang hantar masak daging...hinggakan bebudak ni tak larat nak makan.

Hujan turun lebat hari ini jam 2:00pm setelah agak lama tak hujan dan nampak sangat sukanya angsa dan itik serati dengan limpahan air hujan dalam tempat yang berlopak berisi air..masing2 menunjukkan gelagat yang boleh ditafsirkan macam tak tentu arah punya seronoknya....tergedik2 sondol sana sondol sini...

Kak Iffah lulus ujian JPJ sessi pagi ini sementara kak Izzah kekurangan markah maknanya tak lulus disebabkan kelam kabut pagi ini mencari kertas yang berkepil resit hilang entah dimana sedangkan adik punya ada jer dalam beg semalam tidak dikeluarkan rupa2nya kertas tu diterbangkan kipas angin terselit bawah kusyen dan yang jumpanya ialah ummi..jadi kesan dari itu moodnya tak betul dan tak dapat tumpu, hasilnya gagal dan sertai sekali lagi sessi petang ni, alhamdulillah dapat 46/50 lebih dari adik yang dapat 44/50...he he he...
Walid ada hal di Ipoh petang ini balik pukul 7 lebih kemudian kena pergi Kamunting pulak dengan angah balik jam 1:00am...bila sampai saja laporan yang ummi berikan ialah Melur di adakan malam ini mengganti semalam yang tak dapat dibuat disebabkan keletihan belaka...dilaporkan peserta terbaik Melur malam ni jatuh kepada Udin yang menurut ummi persembahan Udin macam budak SMKA dengan bahasa yg tersusun, gaya yang menarik dan jelas satu demi satu tanpa tersangkut2 atau gagap...Ummi terus umumkan akan bagi hadiah penghargaan kepadanya....Yang spoilnya persembahan Sarah dan Bashirah yang di boooo oleh penonton kerana kurang beretika...mana taknya Sarah cakap Melayu entah apa2 ayatnya dan Bashirah terjemahkan dalam bahasa Tamil..tak ada persediaan dan nak buat spontan konon, menyebabkan orang yang terlibat menjadi bengang bila diketahui apa ayat tamilnya...Yang paling bengang ialah si Meon sebab Sarah kata Meon mulut ternganga dan Bashirah pun terjemahkan ke Tamil...Meon tanya apa dia kata...lepas diberitahu, hangin sakan ler....selain Meon ada lagi yang kena macam tu juga...Ayat tu tak menasabah untuk diterjemahkan gitu...kalau ya pun gunalah ayat yang lain...

No comments:

Post a Comment