Siapa datang hari ni? Ummi beritahu ada seorang perempuan yang ada kaitan dengan pembinaan semula jambatan ini..Kedatangannya untuk meminta satu hari di bulan Ramadhan untuk membawa anak2 ni ke Jab Parit dan Saliran, untuk majlis berbuka disana..Namun ummi beritahu sepanjang bulan Ramadhan ni semuanya penuh ditempah...tapi dia hendak juga satu malam 15/8/11 kalau tak silap...terserah kat ummi..
Ketika walid balik dari sekolah jam 3:00pm walid nampak seorang sedang memegang chainsaw ditangannya..rupanya paklang Nordin datang bawa suami isteri dari Sg Petani untuk membelah beberapa batang tiang untuk projek wakaf yang nak diubah suai bumbungnya...Orang yang dipanggil Pak su ni memang kerja menebang pokok..kami jamu durian jer..kerana dah kenyang katanya..kemudian depa balik ke Sg. Petani...
Masa tu juga ummi beritahu Mr X datang lagi tengahari ni membawa pelbagai jenis makanan untuk anak2 ni...
No comments:
Post a Comment