Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, July 21, 2011

21/7/11 Perubahan diri Hisyam

Selepas beberapa hari balik ke asrama, yang ketara sangat menurut kak Izzah ialah si Hisyam ni berubah jauh dari dirinya yang dikenali sebelum ini...Dalam kelas tak mau buat kerja..sebaliknya nak tidur saja..dulu dia  begitu rajin tambahan tercabar dengan datangnya si Muhammad anak Indon, sekarang jenuh dipaksa baru buat kerja itupun buat dengan cincai..Sementara itu si Muhammad pula jadi lebih agresif pula dengan kedatangan Hisyam walau pun mulut masih membisu tapi gelagatnya luar jangka...Si Thakif sekarang menjadi mangsa permainan mereka kerana Thakif ni tak banyak idea dan tumpuannya pada makan saja membuatkan dia tersisih jadi dia terpaksa beri umpan apa yang ada pada dia untuk menjinakkan hati depa supaya berkawan dengannya maka ada pensel bagi pada Hisyam dan apa yang diminta dia terpaksa bagi demi nak berkawan...Aduh..kena cari suis lain pula.. durian dah tak ada...tapi masa durian banyak hari tu tiga beradik ni balik....

Entah bila dia datang sapa pun tak perasan? Siapa dia? Siapa lagi kalau bukan Mr X. Angah yang beritahu sekejap ni ada karung plastik berisi makanan beraneka jenis di dapur..Mungkin jam 2 lebih dia datang ketika ummi dah masuk ke rumah..Hari ini hari puasa jadi kena panaskan mana2 yang perlu takut rosak..kalau tak puasa dah tentu bebudak ni minta nak makan.

Walid kena pergi sekolah kerana janji dengan budak2 tadi nak buat ujian lisan pukul 4:30pm ni....nanti sambung...

Walid balik jam 7:10pm sebentar tadi dan setibanya di asrama nampak ummi sedang bersembang  dengan seseorang rupanya Erma pelajar UK yang baru pulang bercuti dan nak jumpa ummi dan adik2...

Untuk berbuka petang ni angah yang masak menu ayam masak pedas, ikan goreng dan sayur cendawan...Hisyam sorang jer yang nampak keletihan terlentok yang lain semuanya nampak ok...

Malam ni baru walid tahu Erma bawa buah tangan untuk kami...walid dapat tasbih wangi dari Turki, Iffah dapat dompet Turki juga ....terima kasih Erma...




Photobucket



Photobucket



No comments:

Post a Comment