Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, July 17, 2011

Ahad 17/7/11

Pagi ini walid dan ummi kena hantar dua calon UPSR kami ke Ulu Kinta untuk mengikuti seminar menjawab peperiksaan UPSR. Angah terlalu mengantuk tak bermaya nak bangun, masa tu dah 9:20am kelas tu pula mula pukul 10:00am hingga 12:30pm..makanya walid ler  yang hantar ditemani ummi sebab kaki masih sakit lagi...mana tau jadi apa2 di jalan..

Tengahari tadi ada orang sponsor makan..kari ayam dan sayur taugeh..sambal belacan dan ulam timun...jadi tak ler kalut sangat ummi nak berkejar sana kejar sini...Masa kami balik bungkusan nasi lemak tak terusik..rupanya budak2 ni pakat makan durian yang disedekah orang semalam...habis dikerjakan mereka kulitnya pun tak nampak apatah lagi isinya...hantu durian belaka2...

Walid ada hal petang ni di Ipoh pukul 6:30pm baru sampai rumah...di Ipoh jumpa kawan jual air sarang burung walit katanya bagus untuk orang yang selalu kebas2 tangan atau kaki...teringat kat ummi yang ada simptom yang sama..bermacam2 harga ada dari RM10 hingga RM300 dan ke atas..produk ini dari Sanglang Perlis..walid beli yang RM50 untuk percubaan..dia kata stok no problem banyak...ada kawan lain pula yang nak tolong bayar...jenuh bertepis nak  bayar namun dia berkeras juga nak bayarkan akhirnya..mengalahler walid...nak beri laluan pahala untuk orang nak berkebajikan.

Malam ni selepas solat Isya' Kak Izzah dan Kak Iffah kumpul bebudak ni dua kumpulan dan suruh sorang demi sorang hafal sifir....depa lemah sifir sangat2...Atifah no satu sekali liat nak respon...kalau bab belajar macam2 perangai dia..tak ada suara konon..disergah sikit nak nangis..itu2 lah modal dia tapi bab makan bukan main lagi tinggi suaranya kalau ada orang dahului dia....atau duduk kerusi dia...menyinga yang bukan2...



No comments:

Post a Comment