Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Tuesday, July 12, 2011

Selasa 12/7/11

Kata Danial (ketua umum)..Kami lega Nan tak ada! Pasal apa? Kami gerak budak2 lain bangun Subuh semuanya senang..dia sorang saja susah nak bangun...nak tumbuk orang nak terajang orang selalu keluar dari mulutnya..Asar pun selalu dia paling lewat solat sebab dia mesti tidur masa tu, ujar Danial lagi.
Kita dah cuba berkali2 telefon kakak dia dan mak sedara dia semalam...tapi tak berangkat...kemudian disusuli dengan sms nak ceritakan tentang Nan lari dari asrama ni...pun tak ada respon apa2....

Pagi ni angah pergi hantar Sarah dan Bashirah dua calon UPSR kita untuk ujian percubaan di Sek Ren Tarbiyyah Islamiyyah..bolehlah nanti kita lihat prestasinya...Cikgu tuisyen depa pun sms tadi petang ni ada kelas untuk depa jam 3.30pm.

Semalam kak Iffah mula mengajar anak2 yatim ni..ringan sikitlah tugas ummi bila anak2 pakat tolong mengajar..Angah dengan tugas2 khas dia...beli itu ini, ngantar bebudak ke sek agama rakyat dan memasak. Kadang2 masuk juga moniter kelas yang ummi ajar.

Masa angah nak pergi ambil dua orang calon UPSR tadi, ummi pesan on the way balik bawa Sarah pergi check mata kat kedai optik, rupanya kedua2 belah mata dia power 400 teruk...geleng kepala cina kedai tu..kena buat terus...

Semalam Aizat pula sakit gigi tak tertahan, mengadu sakit dan minta bawa ke kelinik nak cabut. Angah punya kerja lah tu...Tapi masa tu angah, kak Izzah dan kak Iffah ada kat CIMB Tg. Rambutan buat laporan buku akaun kak Izzah hilang...sebelum tu dua beradik tu pergi daftar di sek memandu...so walid minta angah balik ambil Aizat terus sebab kelinik gigi pun di pekan Tg. Rambutan juga. Tak payah lah walid hantar...Si Aizat ajak Rauf dan Udin ikut sekali..Pergi sana doktor tak mau cabut sebab gigi kekal...masalah Aizat dan Rauf gusi telah menutupi gigi so kena buat operation buang gusi dulu kena RM70 setiap sorang. Doktor tak mahu cabut gigi Udin sebaliknya suruh makan ubat jer.

Sewaktu walid balik tadi berselisih dengan Hilux Hitam...rupanya kata angah itulah pak cik yang hantar makanan semalam dan hari ini pun sama juga tujuannya menghantar makanan pelbagai kepada anak2 yatim..ada nasi kerabu, bihun goreng dll serba sedikit...rupanya pakcik tu ada kedai makan kat Rapat Setia.

Tadi walid dapat panggilan dari pegawai Lembaga Peperiksaan yang bertanya khabar dan nak hantar surat perlantikan sebagai ketua pasukan pemeriksa Bahasa Arab Tinggi kertas 2..terus terang walid nyatakan nak berundur tahun ini walaupun pencen tahun depan....kata dia fikir2 dulu....Tapi walid kata ini kira muktamad..dah lama benar rasanya sejak 1992 lagi..cukuplah...

No comments:

Post a Comment