Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, July 25, 2011

Isnin 25/7/11 Cerita hari ni...

Hari ni semua berpuasa Isnin dan tidak ada sebarang perlanggaran rasanya kerana tidak ada apa2 laporan diterima..Persekolahan berjalan lancar termasuk kelas Hisyam dan sebayanya yang dikendalikan oleh Kak Izzah pun beri respon yang baik...

Petang ni kira2 jam 4:00 lebih kurang beberapa pegawai BSN datang untuk mengira dan memasukkan wang anak2 ini dalam buku mereka dan dalam masa yang sama BSN baru2 ni telah meminta pihak kami membuka akaun dengan mereka atas nama asrama untuk memudahkan mereka memindahkan terus wang kedalam akaun tersebut kiranya ada apa2 sumbangan dari mereka macam sumbangan zakat baru2 ini...Angah telah menyediakan surat dan dokumen yang diperlukan untuk tujuan itu.

Sebelah petang lagi ada beberapa orang yang datang tapi yang berjumpa dengan walid ialah Sdr Jamil dari PGA Ulu Kinta yang datang untuk menyampaikan beras fidyah puasa, beberapa kampit gula, kopiah dan baju terpakai...Beras fidyah ni memang boleh dikatakan setiap hari ada orang bawa maklumlah kerana beberapa hari lagi Ramadhan menjelang...

Sebaik saja anak2 ini selesai berbuka dan masuk kesurau untuk solat Maghrib datang sebuat kereta nak ambil si Thakif..Mereka ini nak pelihara sendiri budak ni dan ambil dari jagaan kami..Pening ler jugak dibuatnya kerana yang hantar orang lain yang mendakwa penjaga Thakif kemudian datang pula orang lain yang bekerja jururawat di Hospital Bahagia yang mendakwa Thakif sebenarnya diamanahkan mereka menjaganya oleh bapa sebenarnya dan hari ini pula berdering2 telefon nak bercakap dengan ummi nak ambil Thakif balik oleh orang lain pula...Ummi jadi keliru yang mana satu sebenarnya yang terima amanah...Thakif yang balik beberapa hari baru2 ni pening juga kerana ada ibu angkat kurus dan ada ibu angkat gemuk..Sementara pak cik yang menjadi orang tengah yang ngantar Thakif pulang keasrama baru2 ni bersyukur sangat Thakif diterima tinggal di asrama ni...Kekhuatiran kita kerana Thakif ni pernah dijual dg harga RM3000 kpd orang KL tetapi dia telah jatuh sakit disana dan doktor yang dirujuk mendapati tiada sebarang penyakit cuma doktor nasihatkan supaya dia dihantar balik kepada keluarga asalnya kerana sakit rindu...orang yang jual tu adalah opahnya sendiri menurut orang yang empunya cerita...Walid telah buat surat pengakuan untuk ditantatangani oleh orang yang datang tadi dan kita tegaskan Thakif tidak akan diterima lagi disini kerana kita juga ada peraturan. Hari ni menurut kak Izzah Thakif pun bagus belajar...dah boleh baca Iqra' boleh azan dsb...ada pula gangguannya...

Sekejap tadi walid terima telefon dari Sdr Aziz dari Carsem yang minta carikan catering untuk masak program berbuka 9/8/11 ni kerana mereka agak sibuk buat masa ni....mereka akan datang dalam 20 orang katanya selebihnya adalah anak2 disini bersama guru dan kaki tangan...

No comments:

Post a Comment