Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Thursday, July 14, 2011

14/7/11

Jam 5:00pm tadi Pengarah BSN Negeri Perak bersama beberapa pegawai BSN lainnya datang mengunjungi asrama kami untuk menyampaikan cek agihan zakat BSN bernilai RM10,000..Cek tersebut disampaikan sendiri oleh Pengarah En. Badli Kamsan..Alhamdulillah syukur dengan sumbangan ni dan sumbangan peribadi pengarah.

Pengusaha gerai makanan Rapat Setia Mr X datang lagi tengahari ini untuk menyampaikan pelbagai kueh mueh macam biasanya. Cumanya setakat hari ni belum diketahui lagi siapa namanya kerana datang kali pertama kata angah, hanya sekejap benar dan hari ni pula letak hiluxnya diluar pagar jer kemudian lambai budak untuk ambil barang yang dibawanya kemudian terus pergi...Rasanya beliau adalah orang Kelantan berdasarkan makanan yang dihantar dari 17 jenis tu ada nasi dagang, laksam, nasi kerabu, nasi air...cumanya lagi hari ni hari puasa..dan sejak semalam ada orang telefon bertanyakan bilangan anak2 disini untuk hantar nasi tomato dan waktu bila yang paling sesuai untuk menghantarnya, walid beritahu hari ni hari puasa, eloklah hantar jam 6:00-6:30pm. Tapi yang hantar tu orang lain yang tak tahu jalan pulak, maka walid suruh angah hubunginya suruh berjumpa di masjid Tambun jer dan angah tunggu di sana untuk mengambilnya...Jadi berbuka petang ni adalah dengan nasi tomato tu sebab nak bagi seragam, senang sikit..Lepas solat Isya' baru acara bebas makan ikut suka benda yang dihantar Mr X tu...

Budak three stooges tu tak datang lagi, tidak macam yang dijanjikan ibu angkat yang datang ambil mereka hari tu...nak ambil untuk dua tiga hari saja..tak ada telefon apa pun. Sementara Sarah dan Bashirah pula, hari ini adalah hari terakhir ujian percubaan UPSR, mereka dihantar oleh angah pagi tadi...




Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket
Photobucket
en. sabri berbaju ungu  orang tambun juga

Photobucket
akad penyerahan

Photobucket
Pengarah BSN berbaju korporat

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
masa utk mandi ler tuuuu...

Photobucket
buah asam gelugur utk saper yg tak pernah tengok



Photobucket
skuad kawalan kami





No comments:

Post a Comment