Baru pulang dari solat Jumaat dalam angin ribut yang kencang bagaikan puting beliung..tapi hingga kini hujan tak jadi...Kami pergi ambil lauk di Restoran Bunga Lawang tadi dimana menu hari ini ialah kari ayam dan sayur kobis...manakala pencuci mulut pula buah tembikai...
Dalam perjalanan balik tadi angah tertanya Mr X ada datang ker tak hari ni...tak pasti....bila balik tadi baru tahu dia ada datang sebab budak2 perempuan semuanya dijamu ummi dengan aneka makanan yang dibawanya...ada mee rebus, laksam, bihun sup, mee dan bihun goreng, nasi lemak, lontong, pulut inti dll.
Walid malam ni dijemput untuk menyampaikan ceramah agama tentang Ramadhan di Kg Luat, Lenggong..angah jadi drebarnya..kami berdua keluar selepas solat Maghrib..ceramah walid jam 10:00pm sampai 12:00pm tentang puasa Ramadhan sebagai peluang menjana ketaqwaan dan kebaikan puasa dari sudut kesihatan.
Sebelum tu pada petang tadi ada pelajar dari Sek. Men. Gunung Rapat datang buat aktiviti dengan anak2 yatim di sini diiringi guru penasihat persatuan...majlis mereka hingga jam 6:15pm. Selepas itu satu majlis tahlil dan doa selamat selepas Maghrib diadakan di sini dihadiri oleh satu keluarga yang datang dengan 3 buah kereta dan beberapa buah motorsikal...masa tu kami berdua pergi ke Lenggung.. Dan sebaik saja majlis tersebut selesai ada lagi orang datang membawa polisterin berisi pulut kuning dan bihun goreng berkotak2...Murah rezeki...Alhamdulillah....

No comments:
Post a Comment