Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Friday, July 22, 2011

22/7/11

Hisyam hari ini ada sedikit perubahan menununjukkan caringnya kepada Thakif hasil dari kaunseling Kak Izzah semalam..boleh tahan dari sebelum ni..tak tidur dan tak ganggu orang itu kira positif lah tu...Thakif pula jenis tak pandai berkelahi...dia hanya menurut apa kata Hisyam ni...nak jaga persahabatan..gitulah gelagat budak-budak...

Sewaktu walid balik dari sekolah hari ni ummi beritahu ada tamu datang membawa sabun, biskut dll dari Tm. Chempaka..Beliau adalah abang kepada Sdr Azizi MBI yang kalau tak silap namanya En. Khairi kata ummi Barangkali ini ekoran dari En. Zakaria abang ipar Azizi yang datang semalam menyumbang beras sambil bertanya apa barang keperluan selain beras..walid beritahu antara yang setiap hari diperlukan ialah sabun serbuk pencuci dan biskut jadi dia balik berpakat dengan adik iparnya disamping nak beritahu tempahan untuk berbuka tahun ini udah penuh. Dua tahun yang lepas berturut2 Sdr Azizi akan ambil dua tiga hari untuk berbuka dengan anak2 disini dan yang selalu datang selain Azizi ialah dua orang ini..

Hari Jumaat seperti biasa lauk untuk makan tengahari disponsor oleh Restoran Bunga Lawang dan hari ini walid yang pergi ambil di restoran itu dengan dibantu kak Izzah dan Iffah..kerana angah letih sangat konon.. Tapi hari ni jugak ada satu restoran lain dekat Giant datang pula hantar nasi tomato dalam polisterin untuk makan tengahari...jadi kita kena simpan lauk Restoran Bunga Lawang itu untuk makan petang atau malam..

Petang ni juga sekitar jam 4:30pm ummi terima panggilan telefon dari kakak Nan yang bertanyakan hal adiknya yang melarikan diri dari asrama itu hari..Katanya dia nak datang berjumpa ummi nak tahu apa sebenar cerita si Nan ini...Tapi tak datang pun mungkin sebab hujan turun sekejap petang ini...

Jam 5:00pm Hj Alias dan isteri pula datang bawa durian yang diminta sampaikan kesini oleh seorang jururawat rakan sekerja Pn. Nor isteri Hj Alias yang bertugas di Hospital Bahagi Ulu Kinta..Selepas Hj Alias balik ummi terima lagi satu panggilan dari mak su Nan pula yang menceritakan Nan ada di rumah abangnya..setelah emaknya tak mau terima dia balik kerumah dan suruh dia balik semula keasrama...jadi baru kecoh cerita dia lari dari asrama ni...Dari budak blank yang tak tau eja nama sendiri duduk disini sampai boleh baca dan dah naik Quran, buat hal pulak..tiada rayuan untuk kali kedua....

No comments:

Post a Comment