Apa cerita hari ni? Persekolahan seperti biasa cuma ada dua orang guru pelatih datang hari ini untuk mengajar mathematik kelas rendah.
Walid balik dari sekolah, selang tak lama lepas tu Paklang datang dengan geng tukang dan beberapa minit kemudian lori hardware pun sampai untuk hantar papan dan kayu yang di order semalam. Kemudian walid dan ummi terus pergi ambil lauk di Restoran Bunga Lawang dan juga ambil Sarah dan Bashirah yang hari ini hari terakhir program perkampungan ilmu tapi bila kami nak masuk jalan menuju kesekolah tu ummi terlihat mereka berdua dalam kereta orang...tapi kami tak sempat nak kejar kereta itu kerana masa tu ada berderet kereta yang nak keluar dari simpang ke jalan utama...tersangkutlah disitu 10 minit namum kaminya akhirnya dapat juga pintas kereta tu depan balai polis Tambun dan ambil dua orang ni dari kereta mak kenalan mereka disekolah sana. Semasa ketiadaan walid tu Mr X datang menghantar makanan macam semalam juga..jadinya budak2 yang nak pergi solat Jumaat hari ini makan apa yang dihantar Mr X dulu.
Sebaik saja sampai ke asrama bergegas pula ke Kuala Kangsar untuk ambil Ati...masa tu dah 12:15pm..dan pesan kat Paklang tolong hantar budak2 ni ke sekolah agama rakyat petang. Walid sempat sampai ke Masjid Ubudiah, Chandan pada pertengahan khutbah pertama. Habis solat tunggu Ati keluar dari gate sekolah dan terus balik...
Pada petangnya Pakcak dan Makcak datang membawa kiriman wang dari datin jiran mereka di Puncak Meru, Tm Meru. Mereka hanya datang sekejap jer...Selepas itu datang pula orang yang nak mengundang anak2 ni ke kenduri mereka esok....
Maghrib pula ada kenduri En Aminuddin dari Bandar Baru Putera untuk buat tahlil di sini diketuai angah yang baru balik jam 6:00 pm petang tadi..dan terus ambil budak2 dari sekolah agama rakyat...
No comments:
Post a Comment