Pepagi ini dah ada orang datang sedekah nasi lemak. Kena gaya dan pandai pula cari jalan masuk kesini tanpa telefon langsung kat kami....hanya singgah kat gerai makan dan tanya orang...Mereka ini pernah datang dulu untuk menghantar makanan beberapa kali...dari Pasir Putih nun...Rasanya ibu tunggal kut datang dengan anak2 dan rasanya no telefon kami dah hilang agaknya...point yang nak cerita ni ialah kekuatan ikhtiar yang ada pada mereka...
Jam 12:00pm anak2 ini pergi ke majlis kenduri di Tm. Seri Tambun yang terletak belakan asrama ini dan mereka pergi berjalan kaki saja..semasa ketiadaan mereka ummi ajak walid memantau asrama lelaki yang agak tidak terurus dan bersepah kerana ada yang bermain di asrama ni melihat kepada cara tu. Locker Hakimi penuh dengan longgoka baju yang tidak berlipat dan tidak ada pun sehelai baju yang tersangkut..Udin pun serupa juga penyegan...
Kemudian ada sekeluarga datang untuk menyampaikan sumbangan beras dan wang..Keluarga Mat Saad dari Bercham...ini bukan pertama kali datang, tapi depa tak jumpa cari jalan masuk kesini seperti mak cik yang datang awal pagi ni....
Pada sebelah petang jam 3 lebih ada dua orang datang iaitu Tn. Hj. Samad dan isteri dari Bt 8 Ulu Kinta dan seorang lagi Sdr Amin Rubberex. Kedua2 mereka ini datang bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada asrama ni...
Petang ini juga angah, kak Izzah dan Iffah pergi hantar Sarah dan Bashirah untuk menghadiri program Perkampungan Ilmu disekolah tumpangan mereka periksa selama seminggu..Sementara lepas Isya' tadi anak2 ini dijamu Nice Burger yang dibelikan oleh angah...besok berpuasa..
Petang ini juga angah, kak Izzah dan Iffah pergi hantar Sarah dan Bashirah untuk menghadiri program Perkampungan Ilmu disekolah tumpangan mereka periksa selama seminggu..Sementara lepas Isya' tadi anak2 ini dijamu Nice Burger yang dibelikan oleh angah...besok berpuasa..
No comments:
Post a Comment