Budak2 kita baru jer sampai jam 10:35pm dari satu majlis dirumah MB. Mereka diambil dengan bas sekolah jam 6:30pm. Setiap seorang dapat sumbangan RM10 kecuali Hakeemy, Hafizan dan Hakim. Malam ni semua anak yatim diberi kupon setiap orang dan berdasarkan kupon itu mereka akan diberi sumbangan. Hakeemy hilang kupon dia, Hafizan punya kupon diserahkan kepada tok wan untuk ambil duit tu tapi tok wan yang bawa dua kupon untuk dirinya dan Hafizan punya telah dilayan dengan kasar dan dituduh mencuri kupon orang punya jadi tokwan ni diam panik..jadi dari dua kupon tu hanya dapat satu saja...dan Hakim pula dapat tapi tertinggal dalam bas...Menurut Kak Izzah urusetia yang mengendalikan pungutan kupon ni tidak caring langsung kepada anak2 yatim yang datang malam ni...dan paling terkilan bila dituduh tokwan mencuri...sedangkan dia sepatutnya rujuk senarai asrama yang ada masa daftar dan boleh tahu berapa ramai setiap asrama tu...
Pagi ni walid kena hantar kak Izzah dan kak Iffah ke pusat memandu kerana mengikut jadual depa hari ini ada kelas dari jam 8.30am sampai jam 3:00pm. Dan menurut ummi selepas walid keluar tu datang dua orang guru dari Sek Men Tambun yang mencari tarikh berbuka dengan anak2 yatim ni tapi bila diberitahu semua tarikh dah dibooking mereka pun terpaksa akur akan kelewatan dan nak buat juga apa program dengan duit yang ada pada mereka...mereka balik berbincang dengan pihak pentadbiran apa program yang boleh diatur menggantikan program berbuka tu..
Tengahari ni Mr X datang pula membawa makanan berbungkus beranika jenis seperti yang selalu disumbangkan dan budak2 tak puasa hari ini kerana ada program ke kediaman MB, jadi itulah jadi makanan mereka tapi masih ada lagi berbaki masa walid balik dari sekolah sebab dia bagi banyak bungkus.
Tengahari ni Mr X datang pula membawa makanan berbungkus beranika jenis seperti yang selalu disumbangkan dan budak2 tak puasa hari ini kerana ada program ke kediaman MB, jadi itulah jadi makanan mereka tapi masih ada lagi berbaki masa walid balik dari sekolah sebab dia bagi banyak bungkus.
Ketika walid balik jam 2:30pm paklang dan maklang dah sampai untuk persiapa projek esok untuk buat bumbung wakaf dua biji yang nak hampir siap tu. Jadi selepas hantar budak2 ke sekolah KAFA walid pergilah dengan dia kekedai hardware mencari kayu dan papan lantai..Insya Allah besok akan dihantar dalam pukul 10:00am lebih kurang.
Petang pula datang keluarga Nan yang lari nak meminta i/c dan barangan dia yang dalam simpanan. Ummi pun cerita kepada depa apa masalah budak ni dan tunjukkan beberapa bukti salah laku dia kepada mak dia dan paksu serta maksu dia, kerana mereka telah mendapat maklumat salah dari Nan yang berbohong tu..barulah geleng kepala bila tahu perangai sebenar budak Nan ni...
No comments:
Post a Comment