Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, July 3, 2011

Ahad 3/7/11

Baru tersedar semalam Sabtu tidak update diari anak yatim ni...sebabnya sibuk mengubah suai kedudukan katil dan kusyen dan mengemas balik tu memakan masa sampai tengah malam...ni pun masih ada lagi yang runcit2 belum terkemas lagi.... Semalam minta bantuan Udin sorang saja untuk pasang katil dan tilam serta vakum..kalau masuk ramai lagi lah tak terkawal..

Tadi ada Us. Najdi dari Kedah sms nak singgah sekejap...tak tau pulak dari arah mana dia datang..walid cepat2 beritahu kalau nak datang tak usah ikut jalan jambatan kerana sedang di repair, walid suruh ikut jalan rahsia melalui terowong..dia jawab ok..Pastu walid keluar tinjau jambatan tu nak tengok apa yang dia orang buat...tanya mat indon sorang tu, dia kata nak tinggikan jambatan tu...dan tambah besi untuk dikonkritkan menggantikan kayu yang ada sekarang...betul ker wallahua'lam..

Sebentar tadi ustaz tu telefon bila masuk dia tengok jambatan ditutup. Walid pi tunggu dia di tepi jalan untuk masuk terowong rahsia. Rupanya depa datang dari bercuti di PD dan Melaka. On the way nak balik Kedah singgah untuk solat dan ziarah walid...Anak murid yang prihatin...

Makan malam ni angah yang masak...menu dia ialah char kuey teow..sebab esok puasa makanya sahur nanti makan nasi...bebudak ni bersungut dah lama tak makan kuey teow.

No comments:

Post a Comment