Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, August 15, 2011

Berbuka dengan pelajar dari UK

Hari ini ada pekerja kontraktor yang datang untuk mengecat kelas. Bos mereka dah datang tengok tempat beberapa hari yang lalu.

Sewaktu walid balik dari sekolah tadi sudah ada 3 orang pelajar puteri tiba di asrama ni..Dua daripadanya pulang bercuti dari UK. Petang ini 20 orang dari student yang berasal dari negeri Perak dan Selangor akan berbuka diasrama bersama anak2 yatim...

Selain dari student UK/ Ireland, ramai juga tetamu yang datang untuk menyampaikan sumbangan..Sdr Azizi dari MBI, Sdr Idris dari Mayban..En. Zul MBI dan isteri dan dua orang wanita yang menyampaikan sumbangan melalui ummi.

Jam 5:30pm sempailah pelajar yang lainnya ...ada yang dihantar keluarga terutamanya yang tinggal sekitar Ipoh ini. Selang tak lama selepas ketibaan mereka hujan turun dengan lebatnya sehingga tidak disedari waktu berbuka dah masuk ketika itu satu taklimat ringkas diadakan untuk mereka.

Seperti biasa kita berbuka dengan kuih muih kemudian solat Maghrib dan selepas selesai solat baru makan nasi. Malam ini angah yang mengimami Maghrib, Isya' dan Tarawih.

Walid mengambil sedikit masa untuk beramah mesra dengan mereka selepas solat Tarawih berakhir untuk berkenalan dan mengetahui serba sedikit latar belakang pengajian mereka..ramai juga dari mereka lepasan Kolej Mara Banting...dan dari taaruf ringkas tu dimaklumkan ada yang belajar di Manchester...Leeds..Ireland..Warwick dan jurusan pengajian mereka juga pelbagai ada perubatan, engineering, TESL, perakaunan, dan lainnya..

Sebahagian daripadanya bermalam di sini..kerana besoknya sebahagian mereka yang lelakinya akan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar..menurut mereka...Jam 12am lebih ada lagi seorang pelajar yang baru sampai dijemput kawan mereka...entahlah dimana gerangan dia berbuka...





Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



No comments:

Post a Comment