Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Sunday, August 21, 2011

Pelajar BMI Uni KL dah sampai..pagi ni

Lebih kurang pukul 9:30 pagi ada 4 kumpulan tetamu yang datang..bermula dengan pasangan suami isteri berserta anak lelaki mereka..Kemudian datang satu keluarga dari Ampang...mereka ni datang sebab anak perempuan mereka pernah buat program di sini dari sekolah Gunung Rapat..lepas tu satu pasangan lagi yang baru first time datang ditemani kawan mereka yang pernah datang disini sebelum ni..last sekali pasangan cikgu dari sekolah tambun dan isterinya cikgu sekolah ampang..masing2 berasal dari Kelantan..oleh kerana kedatangan mereka pada hari ini  pertama kali maka mengambil masa yang agak panjang minta umi ceritakan tentang asrama anak yatim ni...
Dalam pukul 10:30am tadi semasa walid di Ipoh, walid terima panggilan dari pelajar Uni KL menyatakan mereka dah nak sampai...dan bila balik nampaklah ramai para pelajar dimerata tempat sedang melihat apa projek yang boleh dilakukan..Sir Roy pun datang sekali mengiringi mereka dan seorang lagi Us. Kamal..Kelainan kali ini ialah adanya seorang pelajar Palestin turut serta namanya Muhammad Radhwan dari Al-Khalil..dan walid berbual sebentar dengannya. Dia yang seronok dengan lawatan ini mengambil peranan untuk mengecat pondok wakaf dengan ide tersendiri yang boleh disaksikan dalam gambar nanti..untuk mengembirakan anak2 yatim katanya..
Kali ni  ada tiga kelab yang terlibat iaitu Opkim, Ikatan Studi Islam dan Fotografi, masing2 dengan cara tersendiri. Apa yang walid sempat lihat selepas solat Zohor ada slot dewan untuk motivasi anak2 ni disampaikan oleh Us. Kamal..sementara yang lain ada aktiviti masing2, kumpulan mengecat, mesin rumput, mengemas buku2 dibilik atas yang sebagiannya telah diserang anai2..kumpulan masak bubur lambuk dan kumpulan keceriaan..pendek kata semua berkhidmat dengan kemahiran masing2.
Masa tu juga datang Pengarah LHDN Negeri Perak, Pn. Azni dan suami Prof. Aminuddin untuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak2 ini..sambil meninjau dewan serbaguna kita yang sebahagiannya adalah hasil sumbangan LHDN...
Sebelum itu kata ummi ada seorang penderma tetap kami datang lagi iaitu guru tusyen Cikgu Che' Zaini yang semalam pun dah datang dan hari ini datang untuk menyumbang biskut dan gula dan hadiah khas untuk walid   sejadah dan kain. Selepas itu datang pula Puteri Umno Tambun untuk berjumpa dengan kawannya diUni KL.Rasanya selain dari yang tersebut diatas tiada lagi tetamu luar.
Seperti biasa sementara menunggu waktu berbuka majlis tahlil ringkas diadakan dikendalikan oleh Rauf..Ramai yang menyatakan kekaguman anak yatim boleh kondak tahlil dengan lancar, fasih dan penuh penghayatan, berbuka dan selesai Tarawih ada majlis sumbangan untuk asrama dan duit raya untuk anak2 disampaikan oleh Sir Roy. Majlis kemuncaknya ialah tayangan montaj dan dendangan nasyid diiringi muzik pulak...ternganga anak2 ni...Menutup tirai lawatan ialah acara sessi fotografi .....






Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



No comments:

Post a Comment