Coklat Minda Dot Com nuffnang_bid = "3e875679e8b41d79beebca5e28c165d1";

Monday, August 22, 2011

Hujan masya Allah...

Jam 2:00pm hujan punya lebat sehingga tak nampak jalan..Rasanya satu Ipoh hujan kalau sebegini punya lebatnya...Hujan rahmat yang menjanjikan kebaikan dari Allah untuk kita...Semalam cuma redup tapi tiada hujan hal yang membolehkan gotong royong diadakan.
Malam ini malam ganjil..malam ke 23..Nabi s.a.w memberi panduan untuk kita mencari Laylatul-Qadr dimalam2 ganjil pada sepuluh terakhir Ramadhan..Malam Agung dari seluruh malam dalam setahun..Nilainya bersamaan 83 tahun dan beberapa bulan..yang menjanjikan keampunan dosa yang lalu..Tiga amalan yang dicadangkan sebagai pengisian iaitu solat sunat, membaca Al-Quran dan berdoa sebanyak2nya dan digalakkan beri'tikaf...Kerana itu Rasulullah s.a.w beri'tikaf sepanjang sepuluh malam terakhir ini, memperkemaskan ikatan kainnya menggerak ahli keluarga untuk menumpukan seluruh masa baginda beribadah dimalam misteri ini..Malam Agung ini para malaikat akan turun naik memenuhi dunia seluruhnya untuk mengajak muslimin muslimat supaya memohon kepada Allah dan melakukan amalan kebaikan..Kerana itu bila fajar menyinsing matahari suram tidak bercahaya kerana terlindung dengan para malaikat yang kembali kelangit...Ya Allah..hebatnya tawaran Laylat'ul-Qadr ini...
Sekarang 11:47pm hujan masih belum berhenti juga lagi..
Cerita tetamu yang datang petang ini, sekumpulan terdiri dari lima orang ajk mewakili Persatuan Pesara Tm. Meru datang untuk menghulurkan sumbangan cek dan tunai sumbangan dari Kuliah Dhuha Masjid Muttaqin Tm. Meru dan Persatuan Kebajikan Pesara Tm. Meru..
Menyusul kemudiannya pelajar STAM anak murid walid dari Sek Taayah seramai 17 orang diiringi Ustzh Fatimah, tapi ustzh ni setakat mengiringi sahaja kesini dan menyumbang wang bagi pihak kooperasi sekolah kemudian beredar pulang meninggalkan pelajar2 ni meneruskan program mereka dari 3:45 hingga solat Tarawih..Kemudiannya datang Dr Roslan Hussin jiran kami dulu semasa di Rapat Setia Baru bersama keluarga untuk menyertai majlis berbuka disini bersama anak2 disini...




Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
pelajar stam walid

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
kamilah menunujuk wang sumbangan 

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket
bergambar setelah berbelas tahun tak jumpa

1 comment:

  1. Hujan adalah rahmat. Seronok baca kisah adik2 di maahad darussalam.

    ReplyDelete